Juadah Mudah Hari Raya

April 8, 2024 by No Comments

Para pembaca dah survey juadah mudah hari Raya? Mesti tertanya apa juadah sesuai untuk open house sepanjang Aidilfitri ini. Kali ini dalam Makan Lokal, Cik Min akan kongsikan ke para pembaca juadah mudah hari raya yang sedap untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga. 

1. Tauhu Begedil

Tauhu bergedil ini adalah makanan popular yang sering dihidangkan ketika rumah terbuka sepanjang musim Raya. Juadah mudah hari Raya ini sering dipadankan dengan makanan bersup seperti soto atau bihun sup. 

BAHAN-BAHAN A: INTI

  • Secukupya   minyak masak
  • 200 g  isi ayam – dicincang
  • ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
  • 2 biji   kentang russet – dibuang kulit dan di potong nipis
  • 1 batang daun bawang – dihiris
  • 4 sudu besar bawang goreng
  • 2 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa 

BAHAN-BAHAN B:

  • 18 tauhu goreng
  • 2 biji telur – dipukul
  • ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
  • 8 biji cili padi – dihiris

BAHAN-BAHAN C: SOS

  • 10 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan kicap manis
  • 1 sudu kecil  jus limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan isi ayam.
  2. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, kacau sehingga masak. Ketepikan.
  3. Panaskan secukupnya minyak masak, gorengkan kentang sehingga lembut dengan api perlahan.
  4. Lenyekkan kentang sehingga lumat.
  5. Masukkan isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Gaul sehingga sebati.
  6. Potong permukaan tauhu kering dan masukkan inti kedalam tauhu.
  7. Pukul telur bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa.
  8. Salutkan tauhu dengan bancuhan telur dan goreng sehingga keperangan.
  9. Untuk membuat sos, kisarkan kesemua bahan (C) sehingga lumat.
  10. Taburkan cili padi pada tauhu. Sedia untuk dihidang.

2. Pulut Kuning

Untuk mereka yang teringin pulut kuning ketika waktu raya, Cik Min kongsikan juga resipi dan cara memasaknya kepada para pembaca. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN A:

  • 450 gm beras pulut susu
  • 650 ml air
  • 1 keping asam keping
  • 1 paket SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna 26g
  • 2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil  garam
  • 2 sudu kecil  gula

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras sehingga bersih.
  2. Rendam selama 1 jam bersama-sama bahan-bahan (A), kecuali daun pandan.
  3. Tapis dan cuci bersih beras pulut.
  4. Kukus beras bersama daun pandan selama 15 minit.
  5. Campurgaulkan bahan-bahan (B).
  6. Keluarkan pulut dari pengukus. Tuangkan bancuhan (B) ke atas pulut. Gaul rata.
  7. Kukus semula selama 10 minit atau sehingga santan kering.
  8. Sedia untuk dihidang.

Untuk para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang juadah yang mudah dan senang dimasak pada Aidilfitri, klik sahaja link ini. Lama web Rasa banyak membantu Cik Min dalam menyediakan juadah pada hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Selamat mencuba juadah mudah hari raya ini!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Juadah Mudah Hari Raya“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *