Itik Salai Masthar | Pilihan Makanan Tengahari

June 3, 2022 by No Comments

Kalau waktu lunch, kita mesti nak cari kedai makan yang best untuk isi perut betul tak? Cik Min memang selalu sangatlah makan di Itik Salai Masthar ni. Hidangan yang ditawarkan di restoran memang betul-betul puas hati dan kalau boleh hari-hari nak makan situ tau!

Apa Menu yang Istimewa di Restoran ini?

itik salai
Sumber : Google

Semestinya menu yang paling banyak dicari oleh pengujung tentulah hidangan Itik Salai. Rasanya yang tidak berbau dan aroma rempah ratus yang disalai ke atasnya ditambah dengan kuah masak lemak cili api yang pekat memang menjadikannya antara hidangan yang popular dan digemari ramai. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menyediakan hidangan salai yang lain iaitu Daging Salai, Ayam Salai dan Ikan Keli Salai. Bagi yang tak makan itik, bolehlah cuba hidangan salai yang lain.

Hidangan salai ini lebih sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Nak-nak lagi ditambah pula ulam-ulaman yang segar. Haa kalau korang nak tahu, restoran ni juga turut menyediakan aneka ulam-ulaman dan air asam untuk dimakan bersama nasi.

Apa Rahsia di Sebalik Kelazatan Hidangan Salai ini?

itik salai
Sumber : Google

Yang menariknya mengenai restoran ini ialah mereka menggunakan tempurung kelapa untuk menyalai daging-daging bagi menghasilkan aroma asap yang unik pada hidangan tersebut. Kuah masak lemak cili apinya juga memang sangat umphh! dan pekat. Maklumlah restoran ini menggunakan resepi tradisional Negeri Sembilan! Tidak hairanlah kenapa ianya bergitu sedap.

Di Manakah Lokasi Restoran ini?

1. Itik Salai Masthar, Sungai Merab, Jalan Aman, Kajang Selangor

Lokasi : https://www.bing.com/maps/

Waktu operasi: 11.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)

No tel : 0133986237

2. Itik Salai Masthar, Medan Selera Adikku, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/kgW5EbvnAGuDbtAq7

Waktu operasi : 11.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)

No tel : 0192553645

3. Itik Salai Masthar, TJ Garden, Jalan Jaya 7, Kuala Lumpur.

Lokasi : https://www.bing.com/maps/

Waktu operasi : 11.00 pagi – 4.00 petang (isnin – khamis)

4. Itik Salai Masthar, Rascabin Food Station, Taman Tasik Barat, Persiaran Dato Menteri, Shah Alam

Lokasi : https://www.bing.com/maps/

Waktu operasi : 11.00 pagi – 12.00 tengah malam (setiap hari)

Jadi apa tunggu lagi, waktu lunch dah nak dekat ni, bolehlah ajak kawan-kawan atau ahli keluarga untuk lunch di sini ya. Selamat mencuba!

Jom layari laman portal MakanLokal untuk dapatkan lebih banyak artikel yang menarik!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *