Ikon masakan Khairul Aming

September 3, 2024 by No Comments

Hey, what’s up guys!” Hari ni aku nak masak…mesti awak semua pernah dengar trademark yang digunakan dalam video masakan seperti “30 hari, 30 resepi” yang dikeluarkan oleh ikon masakan Khairul Aming. Mari ikut Cik Min kenalkan dengan lebih lanjut tentang Khairul Aming!

Mengapa Khairul Aming digelar ikon masakan?

Influencer masakan Khairul Aming

Khairul Amin Kamarulzaman, lebih dikenali sebagai Khairul Aming, adalah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang digelar sebagai seorang usahawan muda Malaysia dan berjaya menarik jutaan pengikut yang setia untuk mengikuti perkembangannya dengan cara yang santai, mesra, dan mudah difahami.

Selain menjadi personaliti media sosial, Khairul Aming telah berjaya meningkatkan reputasinya dalam industri perniagaan dengan memulakan jenama makanan sendiri yang dipanggil “Sambal Nyet,” yang mendapat sambutan yang sangat baik dan sering habis sebaik sahaja dikeluarkan. Produk ini menjadi fenomena, dan Khairul Aming berjaya menjual ratusan ribu botol dalam tempoh masa yang singkat.

Kejayaan Sambal Nyet bukan sahaja menunjukkan kepakaran beliau dalam pemasaran dan branding, tetapi juga kepakarannya dalam memahami kehendak dan selera pasaran.

Kini pada tahun 2023, bersamaan tarikh 2 Februari 2024 beliau hadir dengan produk terbaru iaitu Dendeng Nyet Berapi yang merupakan produk ready to eat berasaskan rendang. Kali ini jualannya mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah apabila berjaya menghabiskan jualan sebanyak 80,000 unit dalam masa 3 minit sahaja dan memperoleh hasil jualan sebanyak RM1 juta lebih.

Influencer masakan Khairul Aming

Panduan Memasak ala Khairul Aming

Teknik penyampaiannya yang santai tetapi padat dengan informasi telah menjadikan video masakan ikon masakan Khairul Aming ini menjadi unik, mudah diikuti, dan disukai ramai di media sosial seperti Youtube, Instagram dan Tiktok.

Selain itu, pemilihan resipi yang mudah tetapi lazat adalah salah satu kekuatan utama bagi video masakan ikon masakan ternama ini. Hal ini demikian kerana bahan masakan yang digunakan oleh Khairul Aming adalah bahan-bahan asas yang sering ada di dapur setiap rumah.

Khairul Aming juga sangat teliti dalam menjelaskan setiap langkah dalam video masakannya. Setiap langkah diterangkan dengan bahasa yang mudah difahami oleh pelbagai lapisan penonton, termasuk mereka yang baru belajar memasak. Beliau sering mengingatkan penonton tentang teknik yang betul seperti kawalan api, penggunaan peralatan dapur, dan cara terbaik memotong bahan-bahan masakan.

Tambahan pula, video masakan Khairul Aming biasanya pendek tetapi padat dengan informasi yang menjadikan ia mudah diikuti oleh mereka yang tidak mempunyai banyak masa. Dengan video berdurasi sekitar 3 hingga 7 minit, beliau berjaya menyampaikan langkah-langkah utama dalam memasak tanpa meleret-leret, serta memasukkan elemen humor dan hiburan untuk mengekalkan perhatian penonton.

Cik Min berminat nak berkongsi salah satu video masakan dari beliau yang menjadi kegemaran Cik Min. Klik pautan ini jika hendak menonton video tersebut ya!

Pengaruh dan Pengiktirafan Khairul Aming

Influencer masakan Khairul Aming

Ikon masakan Khairul Aming telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2023. “Ia masih lagi menjadi kejutan sehingga saya menitiskan air mata. Saya berharap kemenangan ini akan membuka ruang buat lebih ramai pelapis di masa akan datang untuk tampil sebagai pencipta kandungan,” katanya.

Khairul Aming sering dijemput sebagai penceramah di seminar, forum, dan persidangan berkaitan keusahawanan dan pemasaran digital. Di sini, beliau juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan pandangannya mengenai bagaimana media sosial dapat digunakan secara efektif untuk membina jenama dan perniagaan.

Cik Min berharap, kisah ikon masakan Khairul Aming ini dapat menjadi contoh kepada anak muda dan para usahawan di luar sana untuk sentiasa kuat melalui apa sahaja rintangan dalam berbisnes ya. Cik Min doakan anda semua sentiasa maju jaya!

Setakat ini sahaja perkongisan Cik Min pada kali ini tentang, “Ikon masakan Khairul Aming“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *