Hwachae Mudah Viral

November 7, 2023 by No Comments

Bila kita tonton K-drama atau apa sahaja rancangan dari Korea, adakalanya kita pasti terliur dengan hidangan yang mereka pamerkan terutamanya ‘dessert‘ pada musim panas. Jika anda pernah tonton rancangan In The Soop BTS“, confirm anda tahu tentang kewujudan Hwachae mudah viral ni.

Buat anda yang belum tahu, ia merupakan sebuah manisan lazat yang sering warga Korea cari ketika musim panas tau! Hwachae ini juga semakin viral setelah dipamerkan dalam rancangan tersebut.

Kredit: BTS In The Soop Season Two

Hmm, agaknya senang ke tak nak buat hidangan Hwachae ni? Jeng, jeng, jeng… Buat anda yang berminat untuk mengetahui resipi Hwachae mudah viral ini, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai habis ya.

Bahan-Bahan Untuk Hwachae Mudah Viral

Sebenarnya, Hwachae mudah viral ini hanya memerlukan bahan-bahan yang sedikit dan sangat mudah didapati di pasaraya atau kedai serbaneka berdekatan rumah anda. Apa yang pasti, TEMBIKAI adalah bintang utamanya. Jadi, jom kita semak bahan-bahan selanjutnya iaitu:

  • Buah Tembikai
  • Buah-buahan tambahan – Anggur, Strawberi, Mangga, dll (mengikut cita rasa masing-masing)
  • Kiub jelly atau ‘nata de coco (mengikut perisa kegemaran masing-masing)
  • Ais Batu
  • Susu Segar
  • Susu Strawberi
  • Minuman berkarbonat seperti ‘Sprite‘ atau ‘7up’

Untuk pengetahuan pembaca, di Korea, minuman berkarbonat yang digunakan adalah Chilseong Cider, dan rasanya lebih kurang sama dengan Sprite dan 7up. Jadi, jangan risau, Hwachae mudah viral anda tetap akan membuahkan hasil!

Cara-cara Penyediaan Hwachae Mudah Viral

  1. 1. Potong buah tembikai menjadi kiub-kiub kecil dan masukkannya ke dalam mangkuk hidangan bersaiz besar.
  2. 2. Tuangkan susu strawberi, susu segar dan minuman berkarbonat ‘Sprite‘ atau ‘7up‘ ke dalam mangkuk kiub buah tadi.
  3. 3. Tambahkan kiub jelly atau ‘nata de coco‘, dan juga buah-buahan tambahan seperti strawberi, anggur atau mangga bagi menambah lagi rasa manis dan segar hidangan tersebut.
  4. 4. Akhir sekali, tambahkan ais batu ke dalam hidangan dan gaul kesemuanya menggunakan senduk sehingga sebati.
  5. 5. Setelah itu bolehlah anda hidangkan Hwachae ke dalam mangkuk-mangkuk kecil, atau makan terus begitu sahaja!

Satu lagi tips yang ingin Cik Min kongsikan ialah, Hwachae juga boleh terus disediakan di dalam buah tembikai itu sendiri tau! Caranya adalah dengan ‘menggali’ isi tembikai tersebut bagi mendapatkan ruangan atau bentuk seolah-olah mangkuk.

Kemudian anda sudah boleh memasukkan kesemua bahan-bahan Hwachae ke dalam tembikai tersebut mengikut resipi yang Cik Min kongsikan tadi ya. Selamat mencuba!

Apa Perbezaan Hwachae dengan Cocktail?

Seperti yang kita tahu, Cocktail juga merupakan manisan segar dari barat yang menggunakan buah-buahan dan susu segar dalam resipi utamanya. Namun, tetap ada perbezaannya jika nak dibandingkan dengan Hwachae tradisi turun-temurun Korea ini.

Hwachae ini kebiasaannya dihidangkan di dalam mangkuk yang besar dan dimakan beramai-ramai dek kerana adat berkongsi di Korea. Berbeza dengan Cocktail versi barat, ia lebih cenderung untuk dihidangkan melalui cawan gelas ataupun mangkuk yang kecil.

Selain itu, Hwachae menggunakan minuman berkarbonat di dalam resipinya, manakala Cocktail pula hanya mempunyai gabungan susu, buah-buahan, kiub jeli atau aiskrim di dalamnya. Tambahan lagi, bintang utama Hwachae ini adalah buah tembikai, berbanding Cocktail yang menggabungkan pelbagai jenis buah-buahan di dalamnya.

So, anda nampak tak perbezaan kedua-dua Hwachae dan Cocktail ini? Nak tengok macam mana Hwachae ini dihidangkan bersama air berkarbonat? Jom tonton video di Hwachae mudah viral di sini, ataupun di bawah ini.

https://www.tiktok.com/@remina.rea/video/6977999800398580994?q=hwachae%20and%20sprite&t=1699292770767

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Hwachae Mudah Viral“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *