Dari Malaysia ke Perut Anda!
Pernah dengar kata-kata “By Malaysian, For Malaysian“? Kali ini, Cik Min gubah sikit ayat tersebut kepada “Dari Malaysia ke Perut Anda!” Ha, barulah bunyi macam seorang warga Malaysia yang sejati kan?
Bersempena usaha boikot demi solidariti kita bersama saudara di Palestin yang giat menentang kekejaman Zionis Israel, Cik Min ingin memperkenalkan beberapa jenama makanan dan restoran-restoran lokal yang boleh kita support mulai hari ini. Kalau anda nak tahu, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai habis ya…
Jenama Makanan & Restoran Dari Malaysia ke Perut Anda!
Sepanjang boikot berlangsung, anda semestinya ingin tahu antara jenama lokal yang mampu menggantikan produk-produk yang sering kita consume sebelum ini kan? Jadi, jom kita rungkai beberapa jenama makanan dan restoran terbaik yang sesuai dengan kata-kata “dari Malaysia ke perut anda” ini.
1. Zus Coffee
Cik Min tahu, masih ramai yang keliru tentang Zus Coffee ini. Namun apa yang pasti, perkataan Zus yang digunakan untuk jenama ini sebenarnya bukanlah bertujukan kepada tuhan sejarah Greek. Untuk info lebih lanjut tentang sejarah Zus Coffee, anda boleh klik di sini.
Nak dipendekkan cerita, nama tersebut datangnya daripada perkataan Zeal dan US. Perkataan Zeal merupakan sebuah singkatan bagi perkataan Zealous, manakala US pula bermaksud “kita”. Jadi, buat peminat-peminat kopi berkualiti yang sering memulakan hari anda dengan jenama bintang sebelum ini, bolehlah cuba bertukar ke jenama ini pula!
2. Inside Scoop | Dari Malaysia Ke Perut Anda!
Satu lagi jenama tempatan yang sering viral dek kerana kualiti aiskrimnya adalah, Inside Scoop! Seperti jenama pink, Inside Scoop turut mempunyai pelbagai perisa aiskrim pilihan untuk para pelanggan. Dari aiskrim kon hinggalah ke kek aiskrim, Inside Scoop kini merupakan sebuah jenama tempatan kegemaran ramai yang setanding dengan jenama-jenama besar.
3. Teh BOH
Minum petang adakalanya tidak lengkap tanpa teh dan biskut. Jadi, apa agaknya pengganti teh jenama kuning itu ya? Tak lain tak bukan, teh BOH la jawapannya!
Jenama teh BOH ini sangat terkenal kerana kepekatannya. Ia juga sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 1929 tau… Daun teh ini dipetik dan diproses khas di Cameron Highland, serta telah menjadi pilihan warga Malaysia sejak awal penubuhannya.
4. Aik Cheong Coffee
Untuk penggemar kopi pula, Cik Min pasti bahawa jenama sarang burung pasti merupakan pilihan utama anda sebelum ini. Namun adakah anda tahu bahawa jenama tempatan Aik Cheong Coffee juga tidak kalah hebat dari segi rasa dan kualitinya? Ia sudah lama menjadi pilihan orang ramai, lebih-lebih lagi dalam kalangan warga berumur.
Ditubuhkan sejak 1955, iaitu dua tahun sebelum merdeka, Aik Cheong Coffee sudah pasti boleh dijadikan sebagai salah sebuah jenama tempatan utama untuk melengkapkan sarapan pagi atau minum petang anda. Ini baru betul dari Malaysia ke perut anda!
5. Mamee | Dari Malaysia ke Perut Anda!
Seperti yang kita tahu, Mamee Monster adalah sebuah kartun yang sering dipamerkan melalui iklan Mamee di kaca televisyen pada suatu masa dahulu. Jadi, Cik Min yakin pasti ramai dah tahu tentang produk makanan ringan dan mee segera Mamee ini kan?
Selepas ini, bolehlah kita gantikan penggunaan jenama M*ggi dan jadikan Mamee sebagai pilihan terkini. Pelbagai variasi mee segera Mamee Chef, hinggalah ke makanan ringannya seperti Mister Potato, Mamee juga mempunyai pelbagai variasi makanan ringan untuk dinikmati seisi keluarga. Level international dah ni tau…
6. Munchy’s
Tahukan anda bahawa kilang penghasilan produk Munchy’s sebenarnya terletak di Batu Pahat, Johor? Jenama tempatan ini memasarkan beraneka jenis biskut sebagai produk utamanya dan seringkali kelihatan di rak-rak pasaraya mahupun kedai runcit. Buat anda yang ingin melengkapkan sarapan pagi dan minum petang bersama biskut, maka jadikanlah Munchy’s sebagai pilihan hati.
7. Ramly | Dari Malaysia ke Perut Anda!
Makanan ringan yang mengenyangkan dan mudah untuk dihidang, tak lain tak bukan, sudah semestinya burger! Namun di fasa boikot ini, kita sebagai pengguna yang bijak wajar mengambil tahu alternatif lain untuk menggantikan jenama-jenama besar di luar sana.
Apa kata kali ini kita cuba support pula restoran Ramly, ataupun gerai-gerai burger kecil di tepi jalan yang menggunakan produk-produk Ramly ini?
Kalau anda teringin nak buat burger sendiri di rumah pun mudah aje… Hanya perlu beli daging patty frozen daripada Ramly di mana-mana pasaraya atau kedai runcit berdekatan. Dijamin pasti lebih sedap dan mengenyangkan!
Boikot Produk Luar, Biasakan Produk Dari Malaysia ke Perut Anda!
Ayuh sama-sama kita teruskan usaha memboikot produk-produk yang terlibat dengan kekejaman Zionis Israel, terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun usaha ini tidak sehebat perjuangan rakyat Palestin di sana, namun kita tetap berdoa agar kesemua usaha ini mampu membuahkan hasil yang berpanjangan. InshaaAllah…
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama-jenama yang wajar kita boikot, di sini turut Cik Min sertakan laman web BDS Movement di mana anda boleh menambah lagi ilmu tentang produk yang perlu diboikot sepanjang usaha ini berlangsung. Semoga bermanfaat!
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Dari Malaysia ke Perut Anda“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!