Cendol Sedap di Penang – 5 Cendol Terbaik

January 6, 2022 by No Comments

Jangan cakap pernah pergi Penang kalau tak cuba sendiri cendol di sana ya! Amboi, nampak macam marah kan? Sebenarnya cukup rugi kalau pergi Penang tapi tak pernah cuba cendol di sana. Lagi satu, cendol ni adalah pilihan terbaik untuk sejukkan tekak kita lagi-lagi waktu panas. Cendol juga melambangkan makanan lokal yang boleh kita banggakan. Oleh itu, Cik Min nak senaraikan 5 lokasi cendol sedap di Penang.

5 Cendol Sedap di Penang Anda Patut Singgah

#1 Penang Road Famous Teochew Chendul

cendol sedap di Penang
Sumber: Instagram

Rasanya Cik Min tak perlu perkenalkan lagi cendol di gerai ini. Penang Road Famous Teachew Chendul sememangnya antara tempat makan cendol yang tersohor di Penang. Mempunyai sejarah lebih daripada 80 tahun, cendol di sini masih dikenali hingga kini. Boleh dikatakan semua orang berpusu-pusu nak cuba cendol di sini. 

Gabungan santan yang berlemak namun tidak memuakkan serta kacang merah yang enak menjadikan cendol di sini begitu lazat. Kacang merah yang digunakan dikatakan direbus selama 4 jam, jadi tidak hairanlah ianya begitu lembut. 

Alamat: 27 & 29 Lebuh Keng Kwee, 10100 Georgetown, Penang
Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Jumaat 10:30 a.m. hingga 7:00 p.m. | Sabtu – Ahad 10:00 a.m. hingga 7:30 p.m.

#2 Penang Cendol Enterprise

cendol sedap di Penang

Penang Cendol Enterprise, juga dikenali dengan Penang Road Famous Cendol. Jangan keliru pula dengan nama tu ya walaupun hampir sama dengan Penang Road Famous Teochew Chendul. Diingatkan ianya adalah gerai cendol yang berbeza dan terletak di lorong yang sama.

Boleh dikatakan persaingan yang kuat, sebab kedua-dua gerai cendol ini sedap! Namun, ada yang mengatakan cendol di sini lebih sedap dari Penang Road Famous Teachew Cendul. Kalau nak tahu, anda kena cuba nilai sendiri. Cik Min cukup gemar cendol di sini sebab kacang merah yang dihidangkan lembut dan manis. Rugi kalau tak cuba!

Alamat: 2-4, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 a.m. hingga 6:00 p.m.

#3 Kulim Best Cendol

cendol sedap di Penang

Bagi food hunter dan penggemar makanan di Penang mesti tak asing lagi dengan Kulim Best Cendol. Kulim Best Cendol menyajikan cendol istimewa dan anda boleh pilih sama ada mahu pulut atau tidak. Pulut yang kenyal serta kacang merah yang dimasak sempurna, cendol yang seimbang kemanisannya dan santan yang berlemak merupakan antara keistimewaan cendol pulut di sini. 

Tidak seperti gerai lain, tekstur kacang merahnya padat dan tidak lembik. Confirm ketagih macam Cik Min!

Alamat: 12, Tingkat Tenang, Taman Tenang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11:30 a.m. hingga 5:30 p.m.

#4 Cendol Asli Pak Haji – Cendol Sedap di Penang

cendol sedap di Penang

Walaupun rupa gerai ini nampak macam biasa-biasa sahaja, tapi jangan pandang rendah ya. Gerai ini telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu dan Pak Haji menghidangkan cendol yang sangat sedap di Penang.

Gerai ini terletak di Batu Ferringhi, Cendol Asli Pak Haji hanya 2 minit sahaja dari Double Tree Hotel. Sambil makan angin tu anda boleh singgah sekejap pekena cendol dalam cawan. Selain itu, menarik sungguh rasanya apabila Cik Min hirup campuran aromatik manis gula melaka dan santan daripada straw. Nikmat diminum waktu panas.

Alamat: Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Penang
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00 a.m. hingga 6:00 p.m.

#5 Ais Tingkap

cendol sedap di Penang

Cendol sedap di Penang yang seterusnya ialah di Ais Tingkap. Cendol di Ais Tingkap juga tidak kurang hebatnya. Ada pelbagai jenis cendol yang boleh anda pesan jika singgah di sini.

Anda boleh pesan cendol pulut, cendol jagung atau cendol special. Rasa santannya lemak berkrim dan kemanisannya juga seimbang. Ramai pelanggan memuji rasa cendol jagung yang segar dan manis. Memang padu!

Selain cendol, Ais Tingkap ini juga terkenal dengan signature dish mereka iaitu ais parut. Combo yang sedap jika diminum bersama-sama cendol.

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00 a.m. hingga 7:00 p.m.

Kepada anda yang berada di Penang atau bakal berkunjung ke sana, jangan lepaskan peluang untuk cuba cendol sedap di Penang yang Cik Min senaraikan ya. Selamat mencuba!


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *