Cekodok Pisang Goreng Rangup – Resipi Tersedap!

December 15, 2021 by No Comments

Cekodok pisang ni antara salah satu makanan lejen kalau pulang ke kampung. Nenek kita dulu suka betul buat cekodok pisang untuk minum petang bersama teh O panas. Cekodok pisang ni lagi sedap dimakan panas-panas sebab masih rangup. Tapi, kalau dah sejuk pasti berminyak dan tak rangup. Mari, Min kongsikan resipi cekodok pisang goreng rangup di luar dan lembut di dalam.

Min pernah buat cekodok pisang tapi, bila dah siap goreng makin lama makin berminyak. Jadi, untuk resipi kali ini, Min dapatkan daripada YouTube Surianti Kitchen. Bahan yang digunakan untuk membuat cekodok pisang ni mudah nak dapat. Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan Cekodok Pisang

Bahan yang diperlukan untuk membuat cekodok pisang goreng rangup adalah seperti berikut:

  • 7 biji pisang masak ranum (pisang emas/pisang awak)
  • 2 sudu besar gula perang (boleh gunakan gula putih)
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • ½ sudu kecil garam (menaikkan rasa lemak)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Sekarang, bahan-bahan pun sudah siap. Mari kita tengok cara menyediakan pula.

Cara Penyediaan Cekodok Pisang Goreng Rangup

  1. Mula-mula, masukkan pisang, gula perang, garam, baking powder dan baking soda. Lenyekkan bahan tadi sehingga hancur.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam adunan tadi. Gaul hingga sebati.
  3. Biarkan adunan tadi dalam tempoh masa 10-15 minit.
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  5. Basahkan hujung jari dan mula masukkan cekodok ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana.
  6. Masak sehingga bertukar warna coklat gelap. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Pisang yang digunakan perlu masak ranum supaya tidak perlu tambah minyak dalam adunan.
  • Jika adunan cekodok pisang tersebut lembik, tambahkan sahaja tepung gandum.
  • Tepung beras berfungsi untuk merangupkan cekodok pada bahagian luar.
  • Hujung jari dibasahkan supaya cekodok yang dikaut jatuh dengan cantik di dalam kuali.

Siap juga cekodok pisang goreng rangup kita. Nanti boleh buat sebagai sarapan atau minum petang.

Cukup sampai di sini sahajalah resipi pada kali ini. Min harapkan agar resipi ini dapat membantu anda untuk membuat cekodok pisang yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *