Cara Membuat Popia Vietnam dan Sos

January 4, 2022 by No Comments

Popia Vietnam atau Vietnamese Spring Roll adalah makanan tradisional masyarakat Vietnam. Popia ini akan dimakan bersama sos pencicahnya yang masam manis itu. Sungguh menyelerakan! Min yakin, pasti ramai yang menggemari popia Vietnam ini, kan? Mari teruskan membaca bagi mengetahui cara membuat popia Vietnam dan sos pencicahnya.

Anda boleh dapatkan bahan-bahan untuk membuat Vietnamese Spring Roll di pasar raya berdekatan. Cara untuk membuatnya pun mudah saja. Jom lihat apa bahan yang diperlukan.

Cara Membuat Popia Vietnam dan Sos

Bahan-bahan | Cara Membuat Popia Vietnam dan Sos

Bahan Membuat Popia

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat popia:

  • Vietnam rice paper
  • Lobak merah (potong halus secara panjang dan dicelur)
  • Sawi atau sayur kegemaran anda (dicelur)
  • Salad (dihiris)
  • Suun (telah dilembutkan)
  • Udang (direbus)
  • Sotong (direbus)
  • Isi ketam (direbus)

Bahan Sos

Di bawah ini merupakan bahan untuk membuat sos pencicah popia Vietnam:

  • 5 sudu makan sos cili
  • Sedikit minyak bijan
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu makan air panas
  • 1 sudu kecil bijan
  • Akar dan daun ketumbar (dihiris)
  • Sedikit perahan limau nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit garam

Cara Membuat Popia Vietnam dan Sos

Cara Membuat Popia Vietnam

  1. Mula-mula, sediakan bekas yang berisi air. Kemudian, celupkan Vietnam rice paper ke dalam air dan bentangkan ia ke atas dulang atau pinggan leper.
  2. Letakkan sawi, lobak merah, salad, suun dan udang yang telah dicelur dan direbus ke atas Vietnam rice paper. Kemudian, gulungkan ia sebagaimana menggulung popia.
  3. Ulang cara ini untuk masukkan sotong dan isi ketam. Siap dihidangkan!
Cara Membuat Popia Vietnam dan Sos

Cara Membuat Sos

  1. Mula-mula, masukkan sos cili, bawang putih, minyak bijan, air panas, gula, garam, perahan limau nipis, dan akar ketumbar dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  2. Kemudian, taburkan bijan dan daun ketumbar ke atas sos.
  3. Siap dihidangkan bersama popia Vietnam.

Tips:

  1. Jangan celupkan Vietnam rice paper terlalu lama ke dalam air. Hal ini kerana, rice paper tersebut mudah terkoyak semasa menggulung.
  2. Jangan masukkan terlalu banyak isi, kerana sukar untuk menggulung.
  3. Jika tidak ada suun, boleh gantikan dengan bihun.

Mudah saja kan cara membuat popia Vietnam dan sos pencicahnya? Jika anda teringin nak makan ayam buttermilk, anda boleh lihat resipi yang mudah di sini. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang menginginkan resipi yang mudah.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *