Cara Jual Makanan Di TikTok | Kelas TikTok Percuma
Cara Jual makanan di Tiktok adalah sangat mudah bagi peniaga zaman sekarang. Cik Min tahu mesti ramai lagi di luar sana yang minat untuk menjual makanan di Tiktok tapi tidak tahu bagaimana caranya, bukan? Sebenarnya, mudah sahaja jika anda semua tahu langkah-langkah yang betul untuk melakukannya. Mari Cik Min ajar cara jual makanan di TikTok dengan laris!
Bagaimanakah Cara Jual Makanan di TikTok?
1. Muat turun aplikasi Tiktok Shop dan Tiktok Seller Centre
Untuk mendapatkan kedua-dua aplikasi tersebut, anda boleh muat turun dari Google Play Store bagi pengguna Android atau App Store untuk pengguna iOS.
a. Tiktok : Platform untuk menyiarkan video konten makanan anda dan boleh menambah beg kuning.
b. Tiktok Seller Centre: Platform menguruskan akaun kewangan anda dan boleh tambah jumlah produk makanan mengikut keiinginan anda.
2. Mendaftar dan lengkapkan profil akaun Tiktok anda
Daftar akaun Tiktok shop dengan masukkan e-mel dan nombor telefon anda. Pada bahagian business type, anda boleh memilih sama ada Corporation atau Individually. Untuk pengetahuan anda, Corporation boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai SSM dan perlu masukkan nombor SSM juga gambar SSM.
Jika SSM anda tamat tempoh, anda boleh memilih Individually. Masukkan nombor kad pengenalan dan juga gambar kad pengenalan anda. Seterusnya, isikan nama perniagaan anda yang mudah diingat. Selepas melengkapkan semua maklumat yang diperlukan, sila tekan submit dan anda perlu tunggu 1 atau 2 hari untuk mendapatkan pengesahan pendaftaran di akaun e-mel anda.
3. Mendaftar akaun Tiktok Seller Centre
Masukkan e-mel dan nombor telefon yang anda telah daftar sebentar tadi dan isikan di bahagian log in di aplikasi Tiktok Seller Centre. Kemudian, hubungkan akaun Tiktok dengan akaun TikTok Seller Centre anda dengan tekan “Link official Account”.
Selepas itu, anda boleh upload konten perniagaan makanan anda dan secara automatik akan keluar juga di akaun Tiktok yang telah anda hubungkan tadi.
Kenapa pula tidak boleh? Untuk anda semua boleh! Jangan risau… Mari Cik Min kongsikan kelas Tiktok percuma yang anda boleh sertai! boleh tekan pautan ini dan Please scroll down !
Cara Jual Makanan Di Tiktok I Kelas Tiktok Percuma Oleh Coach Suraya Ali (Cik Su)
Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak untuk menceburi dunia perniagaan di TikTok, inilah peluang yang terbaik untuk anda! Dengan bimbingan daripada Coach Suraya Ali, anda akan mendapatkan lebih banyak tips yang mudah untuk memulakan jualan di TikTok. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencapai lebih ramai pelanggan dengan mudah dan meningkatkan jualan anda dengan lebih deras!
Kelas eUsahawan Modular TikTok for Business ini dapat membantu anda mengetahui asas pemasaran digital di TikTok dan ia boleh menjadi platform yang efektif untuk meningkatkan jualan perniagaan makanan anda.
Tunggu apa lagi? Nak Jual Makanan di TikTok kan? Jangan tangguh kejayaan anda. Daftar segera!
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Cara Jual Makanan Di TikTok I Kelas TikTok Percuma. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!