Best Food Reviewer Malaysia | Boleh Dipercayai
Tidak hairanlah ramai yang mula mengikuti Best Food Reviewer Malaysia 2025 sebagai rujukan sebelum mencuba sesuatu tempat makan. Dari makanan mewah hingga ke street food, ini bukan sahaja viral tapi juga dipercayai kerana gaya penyampaian yang bersahaja dan ‘real’.

Tahun 2025 menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah food reviewer di Malaysia, terutamanya di platform TikTok. Ramai yang tampil dengan gaya tersendiri dalam berkongsi pengalaman makanan mereka, ada yang fokus pada makanan mewah, ada pula yang lebih suka makanan jalanan.
Namun begitu, beberapa nama berjaya menonjol dan menjadi pilihan ramai kerana gaya penyampaian yang menarik, ulasan yang jujur, serta konten yang konsisten dan dipercayai.
Siapa itu? Mari Cik Min Kenalkan siapa mereka!
Best Food Reviewer Malaysia 2025
1. Janna Nick (@jannanickofficial) | Best Food Reviewer Malaysia
Janna Nick bukanlah nama baru dalam industri hiburan, namun kini beliau turut aktif sebagai food reviewer di TikTok. Ramai yang tertarik dengan caranya yang bersahaja dalam berkongsi pengalaman mencuba makanan eksklusif seperti coklat Dubai bernilai hampir RM3,000 dan Spider Crab yang mencecah RM1,500.
Walaupun makanan yang dicuba luar biasa, gaya penyampaian Janna tetap tenang dan relatable! “Rasa dia…Biasa je Nyah!” Itulah trademark yang sering membuatkan penonton tertunggu-tunggu setiap kali Janna membuat review makanan. Jujur betul ye Janna Nick ni!
Kejujurannya dalam setiap ulasan membuatkan penonton mudah percaya dan rasa terinspirasi untuk mencuba sendiri. Kualiti video dan audio yang dihasilkan juga sangat baik.
Berikut adalah video Janna Nick review “Tomato Harga RM180” yang meraih 6 Juta tontonan! Dianggarkan harga untuk sebiji Tomato Amela yang dibeli oleh Janna Nick di The Exchange TRX adalah sekitar RM15.
2. Syafiqah Suhaimi (@syafiqah.suhaimii)
Syafiqah Suhaimi terkenal dalam kalangan pencinta makanan manis dan dessert dengan jumlah pengikutnya seramai 92.2k di Tiktok. Setiap ulasan beliau tampil dengan visual yang memikat dan suara yang jelas.

Salah satu review paling viral adalah mengenai Tiramisu Cream Cheese dari AB Home & Cafe yang telah menarik ribuan tontonan dan komen positif dari pengikutnya. Tidak tertinggal juga dengan review makanan seafood yang mahal dan food festival setiap negeri membuatkan penonton terliur apabila menonton videonya.

Syafiqah turut berkongsi lokasi makanan unik seperti Bingsu di Penang dan pelbagai pilihan dessert yang tengah trending. Gaya penceritaan yang sopan, tetapi mesra menjadikan video beliau mudah diterima oleh semua lapisan penonton.
3. Akak Tapauu (@akaktapauu) | Best Food Reviewer Malaysia
Jika anda penggemar makanan jalanan atau “street food”, Akak Tapauu sememangnya antara reviewer yang wajib diikuti. Beliau sering mencuba makanan tempatan dan antarabangsa yang mudah diakses, dengan gaya penyampaian yang santai tetapi tetap penuh informasi.
Review beliau mengenai street food Korea mendapat sambutan hebat kerana ketelusan dalam memberi ulasan.
Dengan perwatakan yang comel dan menarik, tidak hairanlah ramai yang menjadikan Akak Tapauu sebagai rujukan sebelum mencuba sesuatu tempat makan.
Video beliau selalunya akan bermula dengan “Akak Tapau cuba cari… atau Akak Tapau dah cuba… seperti sedang berborak bersama penonton. Tambahan dengan suaranya yang bersemangat bercerita membuatkan penonton lebih tertarik untuk melihat konten review makanannya!
4. Liana (@liafa62)
Liana dengan jumlah pengikut seramai 217.8k tampil dengan suara yang lebih lembut dan manja. Setiap review yang dikongsikan dibuat dengan penuh ketelitian daripada visual makanan yang disusun rapi sehinggalah gaya penerangan yang jelas dan lembut.

Antara reviewer yang pernah viral disebabkan membuat “suara kepit dalam setiap video”. Dan menyebabkan di ruangan komen video kontennya ada komen yang negatif.
Tetapi ada juga penonton tetap memberi kata-kata positif dan ini membuatkan beliau tidak putus semangat beliau untuk membuat lebih banyak konten review makanan yang sedap di TikTok.

5. Isaac Osman (@isaacosmantv) | Best Food Reviewer Malaysia
Isaac Osman bukan nama asing dalam dunia content makanan di Malaysia. Dengan lebih 1.67 juta subscribers di YouTube dan 656.8k followers di TikTok, beliau terkenal dengan trademark pembukaannya yang ikonik:
“Assalamualaikum, terima kasih kerana anda masih menonton channel isaacosmantv.”
Setiap video dikendalikan dengan gaya bersahaja, penuh semangat, dan paling penting…review yang jujur serta disertakan rating di setiap makanan. Tidak kira makanan mahal atau murah, Isaac akan nilai berdasarkan rasa sebenar tanpa ‘bias’.
Satu perkara yang buat penonton lebih menghargai konten Isaac adalah prinsipnya untuk tidak membazir setiap kali selesai review makanan, Isaac akan habiskan makanan yang dicuba. Video beliau juga sentiasa nampak kemas dan teratur.
Nak Jadi Best Food Reviewer Malaysia ? Ini Peralatan Wajib Ada
Bagi anda yang berminat untuk menjadi food reviewer, tidak perlu tunggu ada kamera mahal. Apa yang penting adalah kreativiti dan penggunaan peralatan asas berikut:
1. Tripod HP – Untuk rakaman stabil dan tidak goyang
2. Microphone wireless – Pastikan suara anda jelas walaupun review di tempat sibuk
3. Ring light mini– Untuk pencahayaan makanan lebih terang dan jelas
4. Powerbank kapasiti tinggi– Elak masalah bateri habis ketika rakam konten di luar
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Best Food Reviewer Malaysia kali ini. Follow Makan lokal sekarang untuk mengupas tajuk yang menarik lagi bersama Cik Min!