Beef Brisket Melaka | Istimewa Bruh Kitchen

July 27, 2022 by No Comments

Dah penat pusing-pusing Melaka, mestilah nak cari makanan pula kan? Tengahari tadi dah makan asam pedas Melaka, untuk malam pula teringin nak makan western. Tapi kalau boleh, nak something different! Kalaulah dekat Melaka ni ada restoran yang menghidangkan bervariasi menu western seperti beef brisket dan seumpamanya, hmm

Eh, sabar dulu!

Korang ingat, dekat Melaka ni tak ada ke hidangan beef brisket atau lamb ribs macam yang korang nak tu? Semua tu korang boleh dapatkan di Bruh Kitchen tau! Jangankan beef brisket, beraneka spaghetti dengan beef brisket pun ada okay!

Bruh Kitchen | Beef Brisket Melaka

Beef Brisket Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Bruh Kitchen ini diasaskan oleh 5 rakan perniagaan, dan salah satu daripada mereka merupakan seorang chef yang berpengalaman dalam bidang Food and Beverage (F&B) di Singapura. Di Bruh Kitchen, mereka telah mengetengahkan konsep Texas barbeque (BBQ) yang masih belum cukup familiar di mata warga Melaka, mahupun rakyat Malaysia.

Selain itu, Bruh Kitchen juga telah beroperasi selama 3 tahun dan telah membuka sebanyak 2 cawangan di dalam negeri Melaka itu sendiri tau! Kedua-dua cawangan tersebut berada di MITC, Ayer Keroh dan di area Durian Daun. Kalau nak senang, korang guna je aplikasi Google Maps atau Waze tu … InsyaAllah, terus sampai.

Beef Brisket Ni Macam Mana Cik Min? | Beef Brisket Melaka

Kalau korang nak tahu, beef brisket ini merupakan menu paling popular di Bruh Kitchen Melaka. Kebanyakan pelanggan tetap memang akan cari beef brisket ni dulu, sebelum menu-menu yang lain. Jom, Cik Min kongsikan dengan korang tentang menu beef brisket ini dengan lebih mendalam.

Untuk pengetahuan semua, brisket merupakan sebahagian daripada badan lembu dan sangat sesuai untuk dimasak menggunakan teknik ‘smoked’. Selain itu, setiap beef brisket juga akan dimasak dalam tempoh 12-16 jam di dalam smoker tau!

Beef Brisket Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Menu ini sangat popular di Texas, U.S.A, tetapi boleh dikatakan masih baru lagi di Malaysia. Walaupun ia masih kurang dikenali, Bruh Kitchen tetap berjaya dalam menarik perhatian para pelanggannya melalui menu Texas yang popular ini. Cik Min percaya, tak ramai di antara kita yang pernah merasai beef brisket ni kan? Jadi, kalau korang teringin nak rasa, boleh serbu Bruh Kitchen pada weekend ni ya.

Sedikit info tambahan … Selain ‘Beef Brisket’ ini sebagai menu utama, terdapat beberapa lagi jenis menu hidangan yang wajib korang cuba di Bruh Kitchen Melaka ni. Antaranya ialah, Beef Brisket Burger, Carbonara Beef Brisket dan Aglio Olio Brisket. Semuanya pun sedap-sedap belaka!

Keunikan Beef Brisket Bruh Kitchen Melaka

Beef Brisket Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Seperti yang Cik Min ceritakan sebelum ini, keunikan beef brisket ini adalah ketika bahagian daging tersebut dimasak menggunakan kayu api atau teknik ‘smoked‘ selama 12-16 jam lamanya. Di Bruh Kitchen, mereka menggunakan teknik tersebut untuk menghasilkan daging lembu yang bertekstur lembut, smoky dan juicy.

Walaupun penghasilan beef brisket di Bruh Kitchen Melaka ini mengambil masa berjam-jam, dan mungkin ada yang ragu-ragu akan rupa dan rasanya … Tapi Cik Min boleh jamin, sekali dah merasa, korang tak akan boleh lupakan rasanya. Senang cerita, memang menu tersebut akan menjadi hidangan favourite korang sampai bila-bila!

Untuk set beef brisket ini pula harganya cuma, RM38.90. Bagi Cik Min, harga tersebut sangat wajar dengan cara pembuatannya yang renyah dan memerlukan kesabaran tu, haha! Kalau nak buat sendiri, memang tidaklah … Baik travel ke Bruh Kitchen Melaka terus kalau nak makan beef brisket kan? Sambil-sambil tu boleh ambil angin sekali.

Perkhidmatan Delivery dan Self-pickup

Bagi yang duduk di sekitar Ayer Keroh, Melaka, ini merupakan perkhabaran gembira untuk korang!

Kini, Bruh Kitchen telah menyediakan online platform yang memudahkan para pelanggan untuk membuat order secara dalam talian. Perkhidmatan tersebut adalah tertakluk kepada food delivery ke tempat korang, dan juga self-pickup sendiri di restoran.

Namun perlu diingatkan, perkhidmatan ini hanya tersedia buat cawangan Bruh Kitchen MITC sahaja ya. Bagi pelancong yang duduk di hotel atau homestay berdekatan MITC atau di sekitar Ayer Keroh, korang bolehlah order secara online untuk merasai menu istimewa daripada Bruh Kitchen ini!

Korang malas nak drive keluar? Jangan risau, biar abang Grab Food atau Food Panda tolong hantarkan.

Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min kali ini tentang “Beef Brisket Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *