Apam Balik Homemade
Apa Itu Apam Balik?
Apam Balik homemade ni senang ja nak buat. Mesti korang pernah tengok cerita Doraemon kan? Doraemon kan suka makan Dorayaki. Rupa-rupanya kalau diperhatikan balik, Dorayaki tu lebih kurang macam Apam Balik je. Cuma kalau dekat Jepun dipanggil Dorayaki, dekat negara Barat kita gelarkan dia sebagai pancake. Haa kat Malaysia tentu-tentunya popular dengan nama Apam Balik. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Apam Balik, boleh tekan sini.
Kalau kat kampung Cik Min belah-belah Utara sana, kami panggil Apong Balik. Tapi tak kisahlah, asalkan sama ja bentuknya tu. Seingat Cik Min, kalau dulu-dulu Apam Balik ni ada satu perisa sahaja. Tapi sekarang, ramai dah cuba untuk pelbagaikan perisa untuk Apam Balik ni. Ouh ya, Cik Min lupa bagitahu! Apam Balik ni sebenarnya ada dua jenis iaitu yang tebal dan gebu, serta satu lagi jenis nipis dan rangup. Korang suka yang mana?
Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Makan Apam Balik?
Bagi Cik Min, Apam Balik ni paling umphh bila dimakan pada waktu petang. Nak nak lagi, kalau petang tu redup kan, lagi terasa nikmatnya kalau boleh makan Apam Balik homemade bersama secawan kopi panas sambil menikmati suasana alam.
Macam Mana Nak buat Apam Balik Homemade?
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk Apam Balik:
– 2 cawan tepung gandum
– 1 sudu teh baking powder
– 1 biji telur
– 1/4 cawan gula perang
– 1 cawan susu cair
– 1/2 sudu kecil garam
– Pewarna secukupnya (kuning/hijau/merah) ikut kreativiti
– Minyak untuk disapu pada kuali
Inti Apam Balik:
– Serbuk kacang tanah + gula pasir + krim jagung
– Nestum + susu pekat
– Nutella
– Mentega + gula pasir
– Peanut Butter
– Serbuk milo + susu pekat
Korang boleh tambah macam-macam lagi ikut kesukaan
Cara-cara
1. Campurkan tepung, baking powder dan garam, kemudian ayakkan.
2. Pukul telur bersama gula halus sehingga kembang. Masukkan susu dan pewarna sehingga sebati.
3. Masukkan bahan ayakan ke dalam adunan telur dan gaul sehingga menjadi adunan tepung yang halus.
4. Biarkan adunan selama satu jam.
5. Panaskan kuali non-stick dan lap kuali dengan minyak.
6. Tuang satu senduk adunan ke dalam kuali, dan biarkan seketika sehingga gelembung udara mula menaik.
7. Taburkan perisa yang disukai. Kemudian lipat dan angkat Apam Balik yang telah siap.
Tak susah pon sebenarnya untuk buat Apam Balik Homemade ni. Janji kena ada kerajinan sahaja. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk cuba resepi mudah ni ya.
Penafian:
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya
Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik