Absolut Food Festival Kini Kembali Lagi!
Ada pencinta makanan di sini? Jom beramai-ramai kita meriahkan Absolut Food Festival yang bakal diadakan pada 25 – 27 Mac 2022 di Astro Carpark Bukit Jalil.
Pesta makanan terbesar di Malaysia kini kembali dengan ratusan vendor menjual pelbagai makanan dan minuman. Jenama-jenama makanan terkenal dan tular dalam media sosial seperti Pasta Panas, Kopi Dua Darjat, Ropis dan SugarieKL, antara yang mengesahkan penyertaan pada kali ini. Bukan itu sahaja, Karipap Pusing yang rangup dan sedap resepi asli Aunty Tini Kitchen, serta susu Nilofa juga akan dijual di festival tersebut.
Tidak ketinggalan, jenama Absolut Chocolat yang sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai. Lebih menarik lagi, Absolut Food Festival kali ini turut disertai oleh ais krim yogurt kesukaan orang ramai iaitu, Llao Llao, dan Saychiizu yang terkenal dengan Hokkaido Cheese Toast.
Selain itu, seramai lebih 50 artis tanah air yang bakal turut sama memeriahkan lagi festival tahun ini! Antara artis yang bakal hadir mewarnai festival kali ini ialah Aedy Ashraff, Joe Flizzow, Kugiran Masdo, Emma Maembong, Uqasha dan Kamal Adli. Inilah peluang anda untuk OOTD cantik-cantik dan bergambar dengan artis kesukaan anda di UDA Property Pavilion. Anda juga berpeluang untuk menyaksikan beberapa persembahan selebriti terkenal tanah air yang akan diadakan di pentas utama.
Absolut Food Festival kali ini ditaja oleh UDA Property yang akan menyediakan hadiah-hadiah menarik kepada para pengunjung di sana. Bagi para pengunjung yang hadir pada hari pembukaan, iaitu Jumaat, 25 Mac, jam 12.00 tengah hari, anda bakal menerima kupon percuma sejumlah RM10,000! Anda boleh gunakan kupon ini untuk mendapatkan makanan percuma.
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan terlepas dan hadirkan diri anda ke pesta makanan terbesar Absolut Food Festival pada hujung minggu ini!
Tarikh: 25 – 27 Mac 2022
Masa: 12 P.M. – 12 A.M.
Lokasi: Astro, Carpark, Bukit Jalil
Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari Instagram @absolutfoodfest
•••
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!