Sarapan Pagi Sedap di Melaka 2023 – 5 Lokasi Pilihan
Selain digelar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Melaka juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Mana tidaknya, setiap kali public holiday atau cuti sekolah mesti Melaka sesak dengan pengunjung. Cik Min perasan juga ramai yang berpusu-pusu nak cuba makanan viral seperti kuih keria, coconut shake dan warung asam pedas. Namun, mungkin tak ramai yang tahu di mana nak cari sarapan yang sedap di Melaka. Jadi, jom baca lebih lanjut senarai lokasi sarapan pagi sedap di Melaka oleh Cik Min!
5 Lokasi Pilihan Sarapan Pagi Sedap di Melaka
#1 Roti Canai Kayu Arang
Nak tahu kenapa kedai ini dinamakan arang? Haa, sini Cik Min nak bagi tahu. Cara penyediaan roti canai di sini adalah menggunakan dapur arang yang akan memberikan rasa unik dan smoky.
Selain roti canai, mereka juga menyediakan sarapan tradisional Melayu seperti nasi lemak dan kuih tradisional Melayu.
Cik Min turut akui Roti Canai Kayu Arang antara lokasi sarapan pagi sedap di Melaka. Semestinya Roti Canai Kayu Arang menjadi pilihan pertama Cik Min untuk memulakan sarapan. Lihat sahaja jumlah pengikut laman Facebook Roti Canai Kayu Arang, telah melebihi 18,000 pengikut! Wow!
Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu 7:00 a.m. hingga 12:00 p.m.
#2 Mee Goreng Hassan
Lokasi sarapan sedap di Melaka yang seterusnya ialah Mee Goreng Hassan atau lebih dikenali sebagai Mee Bodoh. Cik Min sungguh pelik pada mulanya dalam banyak-banyak nama kenapa nama Mee Bodoh juga diberikan. Bunyinya kasar. Namun, menurut pengunjung tetap kedai Mee Goreng Pak Hassan ini, mereka mengatakan mee ini digoreng tanpa menggunakan sebarang perencah atau tambahan ayam dan daging. Mee goreng yang disediakan hanya menggunakan tauge dan sambal.
Walaupun begitu, rasanya sedap dan menyebabkan pengunjung tidak putus-putus datang hanya semata-mata untuk sepinggan mee goreng!
Alamat: Mee Goreng Hassan, 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 7:00 a.m. hingga 11:00 a.m.
#3 Warung Hajah Robiah – Lokasi Sarapan Pagi Sedap di Melaka
Mungkin agak keterlaluan jika Cik Min katakan yang Warung Hajah Robiah ini merupakan lokasi sarapan pagi sedap di Melaka yang terbaik. Perkara ini dapat dilihat apabila ramai pengunjung kerap datang ke warung ini.
Serious talk, rambang mata Cik Min bersarapan di sini sebab ada 1001 pilihan seperti roti canai, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, bihun sup, soto, lempeng, laksa nyonya, sate, kuih muih dan macam-macam lagi lah. Tinggal nak pilih dan makan sahaja! Makanan di sini sedap-sedap belaka!
Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Kolam Limbongan, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 8:00 a.m. hingga 11:00 a.m.
#4 Warung Caun
Warung Caun yang terletak di Jambatan Duyung ini juga merupakan antara tempat sarapan pagi di Melaka. Lokasi ini menjadi pilihan dan serbuan orang ramai untuk mencuba sarapan pagi sedap di Melaka.
Tips buat anda, kalau dah bosan dengan nasi lemak dan roti canai, anda boleh cuba menu lain seperti lempeng balak dan lontong goreng yang rasanya lain daripada yang lain.
Jika mahukan kelainan, anda juga boleh mencuba cekodok cheese, cucur bilis, nasi himpit kari ayam dan macam-macam lagi juadah yang pastinya enak belaka. Boleh dikatakan juadah sarapan pagi di sini tidak typical seperti kedai-kedai lain. Sekali cuba, mesti teringat-ingat.
Alamat: 13891, Jalan Bukit Katil, Kampung Tengah, 75460 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari 8:00 a.m. hingga 1:00 p.m.
#5 Barakah Corner
Semenjak signature dish Roti Canai Merecik Special atau Cheese menjadi viral, Barakah Corner makin terkenal jadinya. Keunikan dan keistimewaan roti canai ini ada inti di dalamnya. Konsepnya lebih kurang macam martabak lah. Cuma digulung macam burrito.
Yang membuatkan ia lagi sedap, roti canai tu disiram dengan kuah banjir ditambah pula dengan sambal di atasnya. Terliur sungguh! Tak peliklah makin ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk cuba menu di sini.
Alamat: Jalan Pandan, Kampung Lapan, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa 7:00 a.m. hingga 12:30 p.m.
Mesti lepas ni anda tak sabar nak sarapan di Melaka kan? Selamat berfood hunting guys!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!