Cafe menarik Shah Alam | Wajib Cuba!
Anda ingin meluangkan hujung minggu anda di cafe menarik Shah Alam bersama tersayang? Pasti ini satu keseronokan buat semua pembaca setia Cik Min! Jika anda tercari-cari cafe dengan suasana santai dan penuh gaya unik, Shah Alam adalah tempat yang tepat!
Banyak cafe yang mempunyai dekorasi yang kreatif dan hidangan yang mempunyai cita rasa dan gaya tersendiri menanti anda untuk diterokai. Jom, kita jelajah cafe yang wajib singgah di Shah Alam yang pasti akan memikat hati anda!
Top 6 Cafe menarik Shah Alam yang wajib anda cuba!
Cik Min kumpulkan senarai top 6 cafe yang paling popular di Shah Alam. Pemilihan ini dibuat berdasarkan populariti dan sambutan yang hangat daripada pelanggan yang mengunjunginya. Ini bertujuan untuk menunjukkan betapa ramai yang tertarik dengan suasana, hidangan, dan keunikan yang ditawarkan oleh cafe ini.
1.POLA-DOLA Cafe & Kitchen– Cafe menarik Shah Alam kesukaan Cik Min!
POLA-DOLA Café & Kitchen adalah cafe yang terletak di Ardence Labs, Setia Alam. Ia menawarkan pengalaman menjamu selera yang eksklusif dan berbeza bagi pelanggan. Cafe ini direka dengan konsep rumah kaca yang moden dan dihiasi dengan gaya dalaman minimalis serta dekorasi tumbuhan hijau yang memberikan suasana segar dan menenangkan.
Selain itu, ruangannya dipenuhi dengan cahaya semula jadi yang menjadikannya latar belakang yang cantik untuk mengambil gambar yang menawan. Bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan ingin memperindahkan halaman Instagram yang aesthetic, inilah cafe menarik Shah Alam yang sesuai untuk anda!
Dari segi menu, POLA-DOLA Café menyajikan pelbagai pilihan makanan yang menggugah selera. Antara hidangan yang menjadi tumpuan termasuklah bebola daging marinara dan peperoncino yang memikat selera dengan rasa yang berani.
Bagi pencinta hidangan tempatan, nasi goreng dengan sambal udang pasti menjadi pilihan yang menarik, manakala mereka yang menggemari masakan panggang boleh mencuba bahu kambing panggang besi atau ayam emas yang disediakan dengan penuh cita rasa.
Setiap hidangan di sini bukan sahaja menampilkan kualiti rasa yang tinggi bahkan juga dihidangkan dengan sentuhan estetika yang memikat. Untuk pengetahuan anda semua, hidangan yang menjadi kegemaran Cik Min adalah Nasi Campur Kokok ! Betul-betul sesuai dengan tekak orang Melayu.
Cik Min jangan makan banyak sangat, nanti gemuk!
– Kata pembaca makanlokal-
Jangan risau kawan-kawan, Cik Min anggap ini sebagai pra-senaman, Lebih makan, lebih motivasi untuk bersenam! Mari Cik Min kongsikan lokasi cafe menarik Shah Alam ini.
Lokasi dan Waktu operasi
- Alamat: L33-G, Ardence Lab, PT8 Eco Ardence, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
- Nombor Telefon: 03-5033 2472
- Waktu Operasi: Isnin-Jumaat ( 12.00 pm-10.00 pm), Sabtu dan Ahad (10 a.m-10.00pm)
- Laman Instagram Poladola.my
2.Cake Jalan Tiung Seksyen 4
Cafe menarik Shah Alam ini telah menjadi destinasi popular bagi pencinta kek dan pastri buatan tangan yang dihasilkan dengan penuh ketelitian. Ditubuhkan pada tahun 2015 oleh pasangan suami isteri Hidzad Bin Lahuree dan Nur Shafinaz Binti Abdul Rahman.
Cafe ini muncul hasil daripada minat mereka terhadap seni kulinari setelah mereka meninggalkan karier dalam bidang perbankan dan memutuskan untuk mengejar impian membuka kedai kek sendiri.
Cake Jalan Tiung Seksyen 4 ini terkenal dengan pelbagai kek dan pastri yang menggabungkan elemen tempatan dan antarabangsa. Salah satu produk yang paling digemari ialah Pandan & Gula Melaka Croissant, yang menggabungkan keunikan pastri Perancis dengan rasa tradisional Malaysia.
Selain itu, bagi mereka yang pencinta dessert juga boleh mencuba dessert yang sedap dan berwarna warni yang menarik perhatian bagi mereka yang menikmatinya.
Di samping itu, cafe ini turut menawarkan barang dagangan eksklusif seperti kemeja-T dan beg jinjing. Bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”. Anda semua boleh menikmati hidangan dalam masa yang sama boleh mencuci mata dan membeli-belah di cafe ini.
Secara automatiknya, cafe menarik Shah Alam ini dapat menarik perhatian pelancong untuk singgah sebentar di cafe mereka. Cerita tentang manisan ini membuatkan perut Cik Min secara tiba-tiba berdendang mahu makan sekarang! Mari Cik Min beri maklumat lebih detail tentang cafe menarik Shah Alam di bawah.
Lokasi dan Waktu operasi
- Alamat: 9, Jln Sukun 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor
- Nombor Telefon: 012-878 7258
- Waktu Operasi: Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 8.00 a.m sehingga 7.00 p.m kecuali pada hari Khamis
- Laman Instagram Cake Jalan Tiung
3.FaSo Patisserie
Berbelit lidah Cik Min mahu sebut nama cafe ini…FaSo Patisserie adalah cafe yang terletak di Forum Sunsuria, Setia Alam. Bagi mereka yang suka dan ingin merasa bagaimana citarasa atau pastri Perancis dalam persekitaran tempatan, inilah cafe menarik Shah Alam yang pertama anda boleh kunjungi.
Faso Patisserie ini juga sesuai bagi mereka yang beragama Islam kerana ianya adalah halal. Cafe ini memulakan operasi pada 1 Ogos 2020 dan menyediakan pelbagai jenis pastri dan viennoiserie yang pasti setiap gigitan akan membawa anda ke dunia kulinari Perancis yang penuh dengan nostalgia.
Apa itu viennoiserie? Viennoiserie adalah sejenis pastri yang dipanggang dengan cara yang sama seperti roti dan dibuat dengan puff pastri . Viennoiseries boleh selalu dijamah pada waktu sarapan atau minum teh pada waktu petang.
Mari Cik Min tunjukkan video review yang di muat naik oleh salah seorang influencer makanan di laman Instagram Faso Patisserie yang pasti akan menggiurkan anda semua…
Cafe ini juga menghidangkan pelbagai pencuci mulut yang lebih menarik seperti croissant dari FaSo Patisserie, yang berharga RM5.90 sen dan dibuat menggunakan yis semula jadi yang menampilkan tekstur lembut dan keemasan. Marilah datang cafe menarik Shah Alam ini!
Lokasi dan Waktu operasi
- Alamat : 4, Jalan 28/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Nombor Telefon: 017-354 5093
- Waktu Operasi: Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 9.00 a.m sehingga 7.00 p.m kecuali pada hari isnin
- Laman Instagram FaSo Patisserie
4.Zalynz Oven- Cafe menarik Shah Alam kesukaan Cik Min!
Jika anda pencinta cafe estetik dan comel di Shah Alam, Zalynz Oven wajib menjadi destinasi utama anda. Apa yang membezakan cafe ini adalah tema merah jambu yang digunakan untuk menghiasi setiap sudut dari perabot hingga ke dinding, pinggan mangkuk, dan malah beberapa pencuci mulut.
Cafe ini dapat menjadi tarikan bagi mereka yang minat dengan warna merah jambu terutamanya bagi kaum perempuan dan kanak-kanak. Hal ini kerana setiap inci ruangan di sini ibarat syurga Instagram yang menjadikan foto-foto anda lebih memukau dengan hanya satu tangkapan.
Apakah perkara yang menarik tentang Zalynz Oven?
Sambil anda menikmati suasana ceria dan menarik, anda juga boleh manjakan diri dengan pelbagai pilihan hidangan manis seperti macaroon yang halus, bombolone yang gebu, pavlova yang rangup di luar tetapi lembut di dalam dan banyak lagi. Cafe menarik Shah Alam ini bukan sahaja memanjakan selera bahkan juga meningkatkan gaya Instagram anda!
Dalam banyak-banyak cafe menarik Shah Alam, inilah salah satu cafe yang menjadi impian Cik Min untuk dikunjungi! Ini kerana Cik Min sangat suka dengan warna merah jambu. Bak kata orang, warna merah jambu melambang rasa sayang, cinta, kelembutan dan feminin macam Cik Min! Cik Min gurau sahaja…
Wah! Rasa ala-ala seorang princess apabila dihidangkan seperti begini, seronoknya! Makanan apa lagi yang mereka hidangkan Cik Min?
-Kata pencinta dessert–
Mari Cik Min cerita lagi, anda juga boleh merasai pelbagai pencuci mulut yang lazat seperti kek pastri buah mini, tart epal, brownies keju baldu merah, dan kek cawan lobak merah pecan. Jangan lupa untuk mencuba bombolone mereka iaitu donat Itali yang lembut dan gebu yang amat lazat jika dimakan setiap hari. Satu gigitan cukup sudah untuk buat anda ketagih tau!
Selain itu, untuk melengkapkan hidangan anda, padankan dengan teh panas yang menyegarkan seperti teh strawberi atau teh hijau serta sarapan Inggeris iaitu earl grey dan lady grey,. Jika anda lebih suka kopi, secawan kopi klasik juga adalah pilihan yang tepat. Apa pun pilihan anda, pasti ada yang sesuai dengan selera!
Mari tonton video daripada Youtube yang telah Cik Min kongsikan.
Ini Cik Min kongsikan lokasi dan waktu cafe menarik Shah Alam ini beroperasi.
Lokasi dan Waktu operasi
- Alamat: 10, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor.
- Nombor Telefon: 014-910 4337
- Waktu Operasi: Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 10.00 a.m sehingga 7.00 p.m kecuali pada hari isnin
- Sumber: Laman Instagram Zalynz Oven
5.Kopimeo
Cik Min cerita sedikit tentang latar belakang cafe ini ya. Cafe ini telah ditubuhkan oleh Encik Meor dan Puan Leena dan cafe ini telah menjadi sebahagian daripada gelombang kafe kontemporari yang semakin meningkat di Lembah Klang yang sesuai menjadi sarapan pagi buat mereka yang tinggal berhampiran dengan lokasi cafe ini.
Kafe ini mempunyai suasana peribadi dengan terrarium tumbuhan yang menyegarkan, meja tempahan khas bercorak chevron daripada Lain Furniture, dan sudut permainan untuk kanak-kanak. Cafe ini terletak di jalan yang tenang dan menawarkan persekitaran yang selesa dan sesuai untuk keluarga yang mencari tempat untuk berehat dengan aman.
Apa yang menarik lagi tentang cafe ini adalah Piza Karachi iaitu gabungan perisa yang akan membuatkan selera anda bertambah! Tambahan pula hidangan seperti Ayam Peru dan sos aji-verde yang tajam, kambing panggang yang lembut dan sos mustard madu manis, udang harimau cili bawang putih panggang pedas, nasi goreng kari wangi dan nasi putih, dan salad sampingan segar.
Untuk pengetahuan anda juga cafe ini terdiri daripada pekerja lelaki sahaja. Jadi, bagi kaum wanita yang sudah sekian lama mencari jodoh, bolehlah datang untuk mencari jejaka idaman anda! Hahaha… Cik Min gurau sahaja ya! Anda semua boleh menonton video di bawah untuk mengetahui banyak menu yang sedap di cafe menarik Shah Alam ini.
Lokasi dan Waktu operasi
- Alamat: 33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
- Nombor telefon: 03-5886 2643
- Waktu operasi: Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 8.30 a.m sehingga 7.00 p.m kecuali pada hari jumaat
- Laman Instagram Kopimeo
6.BUCOLIC Cafe & Katering
Dalam pada itu, kita juga ada BUCOLIC Cafe & Katering yang menekankan perkhidmatan yang mesra dan tulen, memastikan setiap pelanggan merasa dihargai. Selain itu, cafe ini diketuai oleh seorang chef berpengalaman 15 tahun dalam Masakan Eropah Selatan tanpa khinzir dan alkohol.
Hal ini demikian kerana cafe ini hanya menggunakan bahan-bahan segar dan halal, dengan setiap hidangan dimasak mengikut pesanan. Contoh menu yang menarik minat pelanggan adalah spaghetti pedas seperti spaghetti aglio olio. Tambah pula dengan pizza yang pelbagai dan salad juga tidak boleh ketinggalan.
Di samping itu, cafe menarik Shah Alam ini juga menawarkan perkhidmatan catering yang istimewa bagi acara persendirian, majlis perkahwinan atau sebarang perayaan secara formal mahupun tidak formal tau. Jadi, jika anda berminat, boleh sahaja hubungi nombor telefon yang Cik Min telah kongsikan di bawah.
Lokasi dan Waktu operasi
- Alamat: Lot 33-1 Block 6, Setia Avenue,, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
- Nombor telefon: 013-5903 9784
- Waktu operasi: Kafe ini tidak beroperasi pada hari isnin dan hanya beroperasi pada hari selasa hingga jumaat pada pukul 8.00 a.m sehingga 9.30 p.m manakala hari sabtu dan ahad akan dibuka pada pukul 11.00 a.m sehingga 9.30 p.m
- Laman Instagram BUCOLIC Cafe & Katering
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Cafe menarik Shah Alam | Wajib Cuba! kali ini. Jadi, tunggu apa lagi? Ajaklah keluarga serta rakan anda berkunjung ke cafe menarik Shah Alam ini dan nikmati hidangannya bersama-sama.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!