Resepi Cheesecake Air Fryer
Anda sedang mencari resepi cheesecake menggunakan air fryer? Baru-baru ini, resepi cheesecake menggunakan air fryer macam dah jadi salah satu resepi kek keju kegemaran Cik Min la pula, haha…
Nampak macam susah nak buat, tapi hakikatnya senang aje! Cik Min pasti anda akan suka resepi mudah yang akan dikongsikan kali ini sebab ia sangat mudah dan enak.
Kalau nak tahu rahsianya, pastikan anda baca perkongsian resepi cheesecake air fryer ni sampai habis ya!
Boleh ke bakar cheesecake dalam air fryer?
Air fryer adalah perkakas berteknologi tinggi yang memudahkan proses memasak. Dengan alat ini, orang yang tidak pernah memasak pun boleh menjadi pakar masakan tau! Kita boleh gunakan air fryer atau penggoreng udara ini untuk hidangan mudah seperti ayam goreng, kek, dan banyak lagi.
Anda pernah tak cuba bakar cheesecake dengan air fryer? Kalau tak pernah, kali ni wajib cuba ya…
Cheesecake adalah hidangan pencuci mulut yang dibuat dengan keju. Kebiasannya, ia dibuat dengan menggunakan keju krim, keju kotej atau krim masam. Tekstur pencuci mulut ini sangat kaya berkrim, dan rasanya masam-masam manis gitu. Tanpa membuang masa, jom kita lihat bahan yang diperlukan bagi resepi ini!
Apa yang anda perlukan?
Dengan hanya beberapa bahan, anda dah boleh menikmati pencuci mulut yang enak untuk dimakan bila-bila masa. Bahan-bahannya adalah seperti di bawah:
- 1. Biskut graham (dihancurkan halus)
- 2. Susu pekat manis
- 3. Mentega
- 4. Telur
- 5. Vanilla
- 6. Keju krim
- 7. Pengisian cherry pie (atau apa sahaja rasa pengisian pai pilihan anda)
**Anda juga memerlukan baking paper, kuali springform 7 inci, dan juga air fryer.
Cara membuat cheesecake menggunakan air fryer
Resepi cheesecake menggunakan air fryer ini sangat berkrim dan sama enaknya dengan kek keju bakar ketuhar tau! Resepinya pula adalah seperti berikut:
- 1. Hancurkan biskut graham dengan mesin pemproses makanan.
- 2. Masukkan mentega cair ke biskut graham yang hancur, ratakan ia dan campurkan sehingga semuanya tergabung dengan baik.
- 3. Sediakan kuali springform 7 inci, sapukan ia dengan mentega di bahagian dalamnya. Kemudian letakkan baking paper di bahagian bawah kuali tersebut.
- 4. Masukkan pula campuran serbuk biskut graham ke dalam kuali tersebut menggunakan sudu. Ratakan dan ketepikan.
- 5. Dalam mangkuk lain, putarkan keju krim sehingga ia gebu berkrim dan tiada ketulan yang tinggal.
- 6. Setelah itu, masukkan juga telur, susu pekat, dan vanila ke dalam sebuah mangkuk dan putar selama 2 minit sehingga campuran betul-betul berkrim.
- 7. Letakkan campuran-campuran tadi di atas lapisan biskut graham, dan bolehlah kuali springform tersebut diletakkan ke dalam kuali air fryer. Masakkan pada suhu 180 °C selama 25 minit.
- 8. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan, dan selamat mencuba!
Berminat dengan artikel “Resepi Cheesecake Air Fryer“? Jika ya, jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik dari kami!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!