Pasembur Penang Paling Padu

February 3, 2023 by No Comments

Dah mai Penang, mestilah singgah pasemboq kan.. Ghugi tak mai pekena pasemboq Penang paling padu hat ni…” Ha, betul tu! Kalau dah datang Penang, mestilah nak kena rasa ‘signature dish‘ di negeri utara ni. Kalau anda tak cuba pasembur Penang paling padu ni, memang tak lengkaplah perjalanan anda…

Meskipun semakin ramai penjual pasembur di Penang, namun terdapat satu lokasi ‘hidden gem’ untuk anda cuba apabila anda tiba di Penang nanti tau!

Kalau nak tahu, pastikan korang baca perkongsian Cik Min sampai habis. Pssst, entri ini adalah siaran semula melalui perkongsian Chef Amir di laman Facebooknya.

Apa itu Pasembur?

Sebelum itu, jom kita ketahui apa itu pasembur? Pasembur adalah sebuah hidangan Rojak Mamak versi utara. Ia seperti Rojak Mamak yang mengandungi cucur, timun, tauhu, ubi kentang dan lain-lain. Kesemua bahan ini akan dipotong secara kecil untuk dimakan.

Pasembur ini akan dihidangkan bersama kuah kacang pekat dan manis mengikut citarasa penjual dan ia mungkin berbeza mengikut kedai masing-masing.

Anda boleh memilih inti apa yang dimahukan di dalam hidangan pasembur anda, mengikut bilangan orang yang akan makan. Jadi, hati-hati ketika memilih kerana portion akan menjadi banyak setelah dicampur walaupun anda hanya memilih sedikit sahaja.

Kareem Pasembor Rojak | Pasembur Penang Paling Padu

Pasembur Penang Paling Padu
Sumber: Chef Amir

Menerusi perkongsian Chef Amir di laman Facebooknya, beliau telah kongsikan satu port pasembur Penang paling padu tersorok yang terletak di Union Street! Selain kemeriahan pasembur di Padang Kota, Kareem Pasembor Rojak inilah yang telah berjaya memikat hatinya.

Kareem Pasembor Rojak ini telah beroperasi sejak 50 tahun lalu dengan hanya menggunakan kereta sorong dan beberapa buah meja sahaja. Ia sememangnya port lepak orang Penang untuk minum petang sambil pekena pasembur. Lihat sahajalah cucur udangnya yang bersusun dalam gambar di bawah ini. Memang menawan hati!

Sumber: Chef Amir

“Tauhu goreng dia sangat lembut, juicy dan berlemak. Sampai tak tau nak habaq!”, tambah Chef Amir. Tambahnya lagi, dengan kuah yang sederhana pekat dan secukup rasa, hidangan ini amat sesuai buat mereka yang gemarkan pasembur dengan kuah yang tidak terlalu pekat.

Harganya juga mampu milik dan sesuai untuk semua golongan dan wajib menjadi salah satu tempat untuk anda singgah di Penang nanti.

“Orang Penang hadir…kawan2 kata habis la port depa”

– Nor Lailey Yusof

Melihat di ruangan komen, orang Penang sendiri akui Kareem Pasembur merupakan port pasembur Penang paling padu, selain daripada pasembur yang dijual di sekitar Padang Kota. Jadi, jika anda bercadang untuk ke sini, di bawah ini turut Cik Min sediakan detailsnya.

KAREEM PASEMBOR ROJAK
***
Waktu Operasi: 11 A.M. – 7 P.M.
Alamat: 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

Haihhh, Cik Min pula yang terliur dibuatnya… Anda tunggu apa lagi tu? Dah alang-alang sampai Penang, pastikan anda singgah ke Kareem Pasembor Rojak ya. Kalau dah cuba nanti, jangan lupa komen dan beri feedback kepada Cik Min okay?

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Pasembur Penang Paling Padu” pada kali ini. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh melayari laman Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *