5 Kafe Popular di Melaka

January 18, 2023 by No Comments

Ramai orang mungkin mengenali Melaka kerana kekayaan sejarah dan budayanya yang telah wujud sejak sekian lama. Tetapi tahukah anda bahawa bandar bersejarah ini juga menempatkan banyak lokasi makanan yang menjadi sering tumpuan? Menerusi artikel ini, mari kita lihat senarai 5 kafe popular di Melaka yang wajib tuan puan lawati ketika berada di sini!

Tips Mencari Kafe Popular di Melaka

Melaka mempunyai banyak kafe yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga dan orang tersayang. Namun, terdapat beberapa inisiatif yang perlu diambil sebelum memutuskan keputusan tersebut.

Berikut merupakan antara tips yang boleh diguna pakai dalam melakukan pencarian 5 kafe yang popular dan bersesuaian di Melaka.

1. Pencarian

Disarankan tuan puan melakukan kaji selidik terlebih dahulu tentang kafe yang ingin dikunjungi seperti kedudukan lokasi premis perniagaan, hidangan yang ditawarkan serta status Halal bagi mengelakkan sebarang masalah apabila tiba di destinasi.

2. Harga Menu

Kadar harga setiap kafe di Melaka berbeza-beza bergantung kepada jenis makanan yang dihidangkan. Jadi, adalah idea yang baik untuk tuan puan membuat perbandingan harga bagi kafe-kafe berkenaan sebelum membuat keputusan bagi mengelakkan perbelanjaan melebihi bajet.

3. Pilihan | 5 Kafe Popular di Melaka

Adalah sangat disyorkan tuan puan memilih kafe berdasarkan mood yang paling menarik minat tuan puan. Hal ini kerana, persekitaran dan suasana setiap kafe adalah berbeza-beza dan memiliki ciri khas yang unik untuk dirasai.

Oleh hal itu, tuan puan pasti akan lebih berpuas hati dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk merasai pengalaman yang disajikan.

5 Kafe Popular untuk Dikunjungi di Melaka

1. The Daily Fix

Alamat: 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:30 petang (Setiap Hari)
Google Review: Di sini.

Daily Fix Cafe ditubuhkan pada 2014 oleh pasangan tempatan, Julian Yeo dan Sung Soo Teng. Kafe ini berkonsepkan kafe “brunch” yang menyediakan pelbagai jenis kopi dan memiliki texture rasa berbeza berbanding tempat lain.

Sekiranya berkunjung di sini, tuan puan wajib mencuba hidangan lempeng mereka cukup gebu dan wangi aromanya. Kafe ini tersenarai di antara 5 kafe yang paling popular di Melaka tau!

2. The Stolen Cup

Alamat: 12, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:00 petang (Setiap Hari kecuali Rabu)
Google Review: Di sini.

Hidangan istimewa di kafe ini adalah berkonsepkan “brunch” yang menyediakan hidangan kopi padu dan hidangan “French viennoiseries” seperti yang terdapat di Perancis-Melbourne. Hidangan signature kafe The Stolen Cup ini ialah, Salted Egg Croissant yang diminati ramai.

3. Geographer Cafe

Alamat: 83, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari kecuali Selasa dan Rabu)
Google ReviewDi sini.

Geographer Cafe ini berkonsepkan tema klasik ini pasti menarik minat pelanggan yang meminati struktur-struktur bangunan lama. Mereka menawarkan menu yang ringkas seperti Nasi Lemak Vegetarian dan Sate Ayam dengan harga yang agak berpatutan.

4. Calanthe Art Cafe

Alamat: 11, Jalan Hang Kasturi, 75250 Melaka.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:30 malam (Setiap Hari kecuali Khamis)
Google Review: Di sini.

Keistimewaan kafe ini ialah, mereka menawarkan kopi dari 13 negeri di Malaysia. Suasananya yang selesa menjadikannya ia salah satu kafe terbaik untuk berehat selepas kesibukan bekerja. 

5. Coffeeology Cafe & Restaurant

Alamat: 21 – 23 Coffeeology Grand Boulevard, Jalan Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Waktu Operasi: 12:00 tengahari – 10:30 malam (Setiap Hari)
Google Review: Di sini.

Kafe ini juga mrupakan sebuah kafe yang “insta-worthy” kerana hiasan dalamannya yang elegan dan moden. Kafe ini juga turut menyediakan pelbagai jenis kopi dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. Makanan dan minuman di sini juga ditawarkan pada harga yang berpatutan, berportion besar dengan suasana yang kondusif.

Jangan risau, kafe-kafe yang Cik Min senaraikan di atas ini semuanya mempunyai sijil halal dan mendapat jaminan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Semoga perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info kepada pembaca sekiranya merancang untuk berkunjung ke negeri yang kaya dengan budaya dan bersejarah ini. Pastikan anda mencuba ya!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “5 Kafe Popular di Melaka”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *