Tempat Makan Kunafah Sedap & Resipi

September 9, 2022 by No Comments

Siapa yang selalu scroll TikTok malam-malam, sudah pasti akan terjumpa pelbagai video makanan baharu yang diviralkan oleh netizen Malaysia. Seperti yang satu ini, ia dikategorikan sebagai pencuci mulut yang berasal dari negara timur tengah, iaitu Kunafah. Jadi, mari Cik Min share kepada anda semua tentang beberapa tempat makan Kunafah yang sedap, beserta resipinya yang mudah!

Kebiasaannya, Kunafah yang popular ini berada di sekitar Lembah Klang. Ia dihasilkan oleh tukang masak asli dari timur tengah tau! Ada sesetangah tempat tu bukan sahaja Kunafahnya sedap, malahan chef-chef atau para pekerjanya juga sedap mata memandang, hehe

Baiklah, sebelum celoteh Cik Min semakin panjang, mari kita teruskan perkongsian tentang tempat makan Kunafah sedap pada kali ini.

Mengapa Orang Sanggup Beratur di Tempat Makan Kunafah Sedap? Apa yang Membuatkan Kunafah Ini Menjadi Kegilaan Ramai?

Selepas Cik Min merasai sendiri keenakan Kunafah ini, barulah Cik Min faham! Kunafah ini mempunyai rasanya yang tersendiri, unik dan sedap. Luarnya seakan-akan rangup, manakala isinya pula lembut berlemak gitu. Untuk pengetahuan semua, anda juga boleh memilih sama ada mahukan inti keju ataupun tidak.

Bagi yang masih belum mencuba, Cik Min amat menyarankan anda untuk merasai sendiri keenakan Kunafah viral ini. Pada pendapat Cik Min, rasanya memang sedap, manis dan berlemak! Namun, jika anda bukan seorang yang gemarkan manisan, rasanya mungkin kurang kena dengan tekak anda.

Walau bagaimanapun, jom kita lihat list yang Cik Min sediakan di bawah tentang beberapa tempat makan Kunafah yang sedap, berdasarkan pengalaman dan kenalan Cik Min sendiri!

Senarai Tempat Makan Kunafah Sedap

1. Sihaf Arabic Restaurant, Vista Alam Seksyen 14

@roseshafie

Tak payah pg Beratur kat Bukit Bintang. Shah Alam pun ada lagi sedap. Siap ada tukang potong lagi πŸ˜‚πŸ˜‚ #kunafa #shahalam #yahabibi #sedap #foryoupage

♬ Sauce – NaΓ―ka
Sumber: TikTok @roseshafie

Sihaf Arabic Restaurant merupakan salah satu tempat makan yang menyediakan Kunafah sedap di Lembah Klang.

Kelebihan Kunafah di Sihaf Arabic Restaurant ini adalah, setiap keping Kunafahnya diisi dengan keju yang banyak. Pada Cik Min, memang berbaloi sangatlah dengan harganya!

Harga:
🍰 Keju = RM16
🍰 Creamy = RM16

Alamat: B-LG-1, Shop Lot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi: 11.00 A.M. – 11.00 P.M.

2. KunafaCrisp | Tempat Makan Kunafah Sedap

Tempat Makan Kunafah Sedap
Sumber: RafzanTomomi

KunafaCrisp ini juga merupakan antara tempat makan Kunafah sedap dan paling popular di Lembah Klang. Selalunya, barisan beratur di kedai mereka ini mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit sehingga 1 jam tau!

Di sini, pelanggan boleh add-on pelbagai topping pada Kunafah seperti Nutella, Lotus Biscoff dan ais krim. Terdapat tiga jenis Kunafah yang dijual di sini iaitu:

🍰 Crisp Cheese Kunafa Original = RM18.90
🍰 Cheese Kunafa Slice = RM12.90
🍰
Creamy Kunafa Slice = RM12.90

Alamat: 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 2.00 P.M. – 2.00 A.M.

3. Chef Faez Restaurant

@cheffaez

All what you need to see about kunafa by cheffaez chef faez #kunafa #cheffaez always #viral and #fyp

♬ orijinal ses – Murat Noyan
Sumber: TikTok @cheffaez

Seterusnya adalah Kunafah by Chef Faez. Ini juga antara tempat makan Kunafah yang sedap dan popular di kalangan warga Kuala Lumpur.

Chef Faez ini popular seakan-akan selebriti di Malaysia, dan mempunyai pengikut sebanyak lebih 100k tau! Ramai yang mengatakan bahawa Kunafah Chef Faez ini mempunyai rasa yang boleh tahan sedapnya.

Harga:
🍰 Original = RM18.00
🍰 Kunafah add-on Cheese = RM19.00

Alamat: Menara Technip Energies 38, Jalan Inai, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.00 A.M. – 11.00 P.M.

4. Papa Kanafa | Tempat Makan Kunafah Sedap

Tempat Makan Kunafah Sedap
Sumber: Says.com

Selain itu, Papa Kanafa juga tidak ketinggalan menjadi salah satu tempat makan yang terkenal di kawasan Kuala Lumpur untuk hidangan Kunafah dan manisan lain yang sedap-sedap.

Walaupun mereka tidak seperti kedai-kedai lain yang mempunyai reka bentuk dalaman aesthetic, namun mereka tidak berputus asa untuk meningkatkan jualan makanan melalui rasa yang terbaik!

Harga:
🍰 Kunafah Keju = RM15
🍰 Kunafah Crispy Creamy = RM12
🍰 Kunafah Crispy Cheese = RM20

Alamat dan Waktu Operasi:
πŸ“ Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia (7.00 P.M. – 2.00 A.M.)
πŸ“ Kampung Bharu, Kuala Lumpur, Malaysia (5.00 P.M. – 2.00 A.M.)
πŸ“ Bukit Bintang (11.00 A.M. – 2.00 A.M.)

5. Habibi Kunafa

Ini dia port terakhir untuk mendapatkan Kunafah tersedap di sekitar Lembah Klang! Kalau anda semua tidak suka beratur panjang, maka anda boleh berkunjung ke Habibi Kunafa ini.

Walaupun tidak perlu beratur panjang, rasanya juga setanding dengan kunafah-kunafah sedap di tempat makan terkenal yang lain. Chef Ahmad, iaitu pemilik kedai Habibi Kunafa ini juga sudah dikenali ramai tau…

Harga :
🍰 Keju = RM16
🍰 Creamy = RM10
🍰 Coklat = RM15

Alamat dan Waktu Operasi:
πŸ“ Paradigm Mall, Lot LGK-03 (P) (10.00 A.M. – 10.00 P.M.)
πŸ“ 1 Utama Shopping Centre, Lot S346 & S347 Food District, 2nd floor (10.00 A.M. – 10.00 P.M.)
πŸ“ Pavillion, Kuala Lumpur (10.00 A.M. – 10.00 P.M.)

Tempat Makan Kunafah Sedap Agak Jauh? Mari Cik Min Kongsikan Resipi Kunafah Sedap Hingga Menjilat Jari!

Tempat Makan Kunafah Sedap
Sumber: Yousef AlSaqabi

Bahan-bahan Kunafah

β€’ 1 mangkuk (450g) keju Mozzarella
β€’ Β½ cawan (120g) keju Ricotta *Jika tiada boleh diganti dengan cottage cheese
β€’ 1 sudu besar (15ml) unsalted butter (dicairkan)
β€’ 1/4 sudu kecil (2.5ml) pewarna Kunafah pastry
β€’ 1 mangkuk (454g) doh Kataifi / pastry kunafah
β€’ Β½ cawan (118ml) susu
β€’ ΒΎ cawan (187ml) unsalted butter (melted)
β€’ 3 sudu besar (45ml) kacang Pistachio (dikisar kasar)

Bahan-bahan sirap gula Kunafah

β€’ 2 cawan (400g) gula putih
β€’ 1 (237ml) cawan air
β€’ 1 sudu besar (15ml) jus lemon
β€’ 1 sudu kecil (10ml) air ros

Alatan diperlukan

β€’ Mangkuk adunan
β€’ Pinggan besar
β€’ Spatula
β€’ Periuk kecil
β€’ Pisau kecil yang tajam
β€’ Pad panas dapur

Nota: Gunakan cara yang konsisten untuk mengukur bahan-bahan. Cik Min cadangkan menggunakan cawan penyukat dan sudu penyukat.

Cara-cara Membuat Kunafah Anti Gagal

Tempat Makan Kunafah Sedap
  1. 1. Potong keju Mozarella menjadi kiub 1 inci (2.5cm).
  2. 2. Rendam dalam air sejuk selama 6 jam di dalam peti sejuk.
  3. 3. Selepas merendam, toskan keju, kemudian carik dan gabungkan dengan keju ricotta.
  4. 4. Panaskan ketuhar pada 350Β°F atau 175Β°C.
  5. 5. Sapukan mentega dan warnakan bahagian bawah dan tepi acuan dengan 1 sudu besar mentega cair, serta 1/4 sudu teh pewarna pastri kunafa oren.
  6. 6. Potong doh kataifi kepada 4 bahagian sama besar.
  7. 7. Masukkan susu dan mentega.
  8. 8. Pastikan tiada ketulan ], kerana ia menandakan doh itu gebu.
  9. 9. Letakkan β…” kataifi ke dalam kuali dan tekan ke bawah, sepanjang sisi kuali.
  10. 10. Letakkan kesemua keju dan tekankannya.
  11. 11. Tutup dengan baki β…“ kataifi tadi, dan tekan sebati menggunakan spatula.
  12. 12. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan.
  13. 13. Biarkan kunafa sejuk selama 10 minit, sebelum menukarkannya ke pinggan besar atau tempat kek.
  14. 14. Hiaskan bersama kekacang pilihan atau Pistachio.

Cara-cara membuat sirap gula

  1. 1. Letakkan periuk kecil di atas dapur.
  2. 2. Masukkan satu cawan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
  3. 3. Masukkan 2 cawan gula ke dalam periuk tadi.
  4. 4. Tambah 1 sudu besar jus lemon.
  5. 5. Tambah 1 sudu teh air mawar.
  6. 6. Kacau campuran setiap minit, selama 6 minit.
  7. 7. Pastikan campuran sirap adalah likat tetapi tetap berair.

Setelah semuanya siap, tuangkan sahaja sirap gula tersebut panas-panas ke atas Kunafah tadi. Hidangkan ketika panas-panas, dan selamat menjamu selera!

Tips Cik Min: Bagaimana Jika Kunafah Tidak Habis?

Anda boleh menyimpan Kunafah di dalam peti sejuk sehingga 5 hari maksimum! Dalam tempoh tersebut, anda boleh memanaskannya dengan meletakkan pinggan Kunafah di atas periuk yang mengandungi air mendidih.

“Apakah yang perlu saya lakukan dengan sisa sirap gula berlebihan?”

Anda boleh tuangkan ke dalam mangkuk kecil bertutup dan simpankannya di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama beberapa minggu di dalam peti sejuk, namun sirap gula perlulah dipanaskan semula apabila ingin digunakan. Selamat mencuba!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang β€œTempat Makan Kunafah Sedap & Resipi” pada kali ini. Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *