Almond Chocolate Air Fryer

May 10, 2022 by 1 Comment

Walaupun tahun ini kita raya mengejut selepas dua tahun tidak beraya bersama keluarga tercinta, tetapi ramai dalam kalangan kita berjaya membuat kuih raya! Malah, sewaktu berziarah pun, kita dapat lihat pelbagai jenis kuih raya yang dihidangkan.. Tetapi, apa yang menarik perhatian Cik Min ialah Almond Chocolate! Apabila dirisik cara pembuatannya, Cik Min terkedu sekejap… Sebab apa? Sebab senang sangat aje nak buatnya! Oleh itu, Cik Min nak kongsikan resepi Almond Chocolate air fryer yang sedap, mudah serta tidak rumit cara pembuatannya. Jom kita cuba!

Almond Chocolate Air Fryer | Mudah dan Sedap

Nak buat almond chocolate ni senang aje! Tak perlu nak sangai almond pun, tinggal masukkan terus ke dalam air fryer.

BAHAN UTAMA

Almond Chocolate
Sumber: Sirap Limau

1. Almond/Badam

2. Milk Compound Chocolate

P/s: Kalau nak tambah dark compound pun boleh, supaya almond chocolate ada rasa pahit-pahit sedikit.

Almond
Sumber: Sirap Limau

Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih. Setelah air mendidih dan cukup panas, padamkan api dan alihkan air tersebut. Kemudian, baru kita cairkan milk compound chocolate tadi menggunakan kaedah double boil! Paling penting, jangan cairkan milk compound atas api tau…

Almond Chocolate Air Fryer
Sumber: Sirap Limau

Kacau dengan perlahan milk compound chocolate sampai betul-betul cair ya. Sedikit tips! Proses tersebut akan jadi lebih mudah jika air yang digunakan benar-benar panas.

Almond Chocolate Air Fryer
Sumber: Sirap Limau

Almond atau kacang badam pula dibakar dalam suhu 160’C, selama 15 minit. Walaupun dibakar dalam air fryer, jangan lupa untuk jenguk sekali sekala dan balik-balik kan almond tu ya! Biar almond atau badam tu masak dengan rangup dan sekata.

Almond Chocolate Air Fryer
Sumber: Sirap Limau

Bila milk compound chocolate dan almond dah sedia, bolehlah campurkan kedua-dua bahan tersebut sekali! Tapi, pastikan anda tunggu coklat tu sejuk sedikit, kemudian boleh campur dan gaul sebati.

Almond Chocolate Air Fryer
Sumber: Sirap Limau

Gunakan cawan kertas, dan boleh susun ikut kreativiti masing-masing.

Masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi dengan hati-hati. Dah siap semua, biarkan Almond Chocolate yang kita masak guna air fryer ni di suhu bilik sahaja! Tak perlu letak dalam peti sejuk untuk elakkan ia daripada mengeras.

Almond Chocolate Air Fryer
Sumber: Sirap Limau

Apabila Almond Chocolate dah sejuk, barulah kita boleh nikmati bersama keluarga atau hidangkan kepada tetamu!

Mudah je kan resepi ini? Tak perlu pening-pening nak buat kuih raya atau kudap-kudapan lain dah… Oleh itu, jangan lupa untuk cuba resepi Almond Chocolate air fryer ni ya!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh layari laman portal MakanLokal.com.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

One Reply to “Almond Chocolate Air Fryer”

  1. khai says:

    menarikkkk love cik min <3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *