Bronok | Makanan Unik di Langkawi

April 15, 2022 by No Comments

Bronok?! Apa tu? Haaa kalau nak tahu, bronok atau nama saintifiknya Acaudina Molpadioides, merupakan sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat. Warnanya seperti coklat kehitaman atau merah jambu, dan ciri fizikalnya kenyal seakan-akan isi kelapa.

Adakah bronok boleh dimakan?

Bronok
Sumber: Google

Bronok ni merupakan menu yang unik dan banyak dijumpai di Langkawi. Selalunya, ia dimakan secara mentah atau dijadikan sebagai kerabu. Rasanya yang kenyal seperti isi kelapa, ditambah pula dengan rasa masam, manis, pedas kerabu memang membangkitkan lagi selera makan! Untuk membuat kerabu, hanya perlu campurkan bawang merah, bawang putih, cili api, parutan isi kelapa, perahan asam limau, ulam-ulaman, gula dan garam secukupnya. Akhir sekali, barulah kita masukkan bronok tu. Memang sedap bila dimakan dengan nasi putih panas-panas!

Bagaimana cara untuk membersihkannya?

Bronok
Sumber: Google

Mesti korang pernah tengok gamat kan? Haaa serupa je bentuknya dengan bronok ni. Untuk membersihkannya, potong di hujung kepala dan akan mengalirlah isi perut bronok tersebut. Isi perut hidupan laut ini sebenarnya mengandungi banyak air masin sahaja. Sekali potong, memang akan membuak-buak airnya keluar… Setelah itu, bolehlah hiris kecil-kecil dan basuh dengan air bersih beberapa kali. Kemudian bolehlah masukkan dalam kerabu!

Kalau masih tak dapat bayangkan macam mana nak bersihkan bronok, boleh lihat di sini.

Apakah khasiat bronok?

Bronok
Sumber: Google

Sebenarnya, hidupan laut ini mempunyai nutrisi yang sangat tinggi tau! Hal ini kerana, ia memiliki nilai protein yang tinggi dan rendah kandungan lemaknya. kandungan proteinnya terdiri daripada 80% kolagen. Jangan risau untuk mencuba, kerana ia mudah dicerna oleh enzim pepsin dan tidak mengganggu sistem pencernaan. Selain itu, seperti gamat, ia juga boleh digunakan sebagai ubat bagi luka-luka ringan, sakit sendi, asma, radang paru-paru, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Pssst, ia juga sangat bagus untuk manfaat kesihatan kaum lelaki tau. Hehe

Jadi, kalau bercuti ke Langkawi nanti, korang wajib try kerabu bronok ni tau! Selalunya di kedai-kedai makan, menu ni akan dihidangkan waktu makanan tengah hari sahaja. Jadi, pastikan korang cepat sebab menu ini memang cepat habis… Selamat mencuba!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *