Hot Meal Bar UKM

March 31, 2022 by 1 Comment

Hot Meal Bar UKM?

Ramai ke yang belum pernah cuba untuk makan di Restoran Hot Meal Bar UKM ni? Haa, student-student UKM mesti familiar kan dengan restoran ni? Cik Min ni boleh dikatakan setiap minggu jugalah, jadi pelanggan dekat sini. Sebenarnya restoran ni dalam bangunan Pusanika aras 2. Jadi korang yang pergi UKM, wajib singgah sebentar untuk rasa menu yang paling popular di sini tau! Sebenarnya banyak lagi menu yang menarik, korang boleh tengok di sini.

Menu Apa yang Wajib Dipesan?

Hot Meal Bar UKM
Sumber : Google

Bagi Cik Min, menu yang wajib korang try di Hot Meal Bar UKM ni, semestinya Mee Tarik dia! Sumpah sedap… Dia punya sup tu rasa macam herba-herba sikit, dan mee dia pon sangat kenyal. Kalau korang pesan Mee Tarik, sambil-sambil tu boleh tengok juga chef-chef di situ duk menguli dan menarik tepung sampai jadi mee. Dia punya skill tu memang boleh buat kita terpukaulah! Lepastu, nak tahu tak apa ja yang ada kan dalam mee tarik ni? Semestinya bahan-bahan sampingan yang best, iaitu daun bawang, daun sup, lobak putih dan yang paling penting sekali, kepingan daging yang fresh, bersama minyak cili yang dicampur ke dalam sup! Cili tu, lagi banyak kita letak, memang lagi sedap lah… Rasa dia tidaklah terlalu pedas sangat. Tapi, bagi yang sukakan pedas, bolehlah letak banyak-banyak.

Berapa Harga Mee Tarik Ni?

Kalau tengok gambar, nampak macam makanan yang mewah dan mesti korang rasa harga dia mahal kan? Sebenarnya kalau korang student UKM, korang boleh dapat diskaun jika tunjukkan kad matrik. Harga untuk student, hanya RM 6 sahaja! Kalau orang luar, kena bayar RM 8. Cik Min ada juga try tengok dekat Grab Food. Harga dia pon okay lah, RM 9 sahaja. Kalau termasuk kos penghantaran paling kurang dalam RM 14 ja total! Haa kalau korang nak rasa, boleh order di Grab Food ye… Cik Min rasa memang berbaloi lah dengan harga, sebab portion dia banyak and memang tak rugilah kalau try pun, sebab sedap sangat!

So apa tunggu lagi? Boleh ajak kawan-kawan, family untuk cuba The Best Mee Tarik di Hot Meal Bar UKM sekarang!

Penafian:

Pengendali web tidak bertanggugnjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik

One Reply to “Hot Meal Bar UKM”

  1. Secret says:

    Penjelasan yang cukup jelas dan menarik. Mmg mantap lah penulisan cik min ni…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *