Biskut Raya Serendah RM16!
Setelah dua tahun tidak dapat beraya, akhirnya tahun ini kita dapat juga pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, anda dah bersedia untuk menerima tetamu? Jom Sis Min kongsikan pemborong biskut raya serendah RM16 sahaja!
Kedai bernama Pemborong Kuih Raya yang terletak di Klang ini sememangnya menarik perhatian ramai. Pemborong Kuih Raya telah beroperasi sejak tahun 2015. Dengan harga serendah RM16, terdapat hampir 90 jenis biskut raya tradisional dan moden yang dijual. Antara biskut raya yang menjadi pilihan pelanggan ialah tart nanas, tart Cadbury, almond london, makmur susu, dan bangkit cheese. Biskut raya premium seperti Belgium sea salt juga ada dijual di sini.
Walaupun biskut raya ini berharga serendah RM16, Pemborong Kuih Raya tetap menggunakan buttercup untuk membuat biskut raya agar kualitinya terjaga dan menghasilkan tekstur yang lembut serta sedap. Pemborong Kuih Raya juga merupakan pemegang sijil halal sah dari Jakim, serta 100% produk Muslim dan bumiputera. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu tentang status halal kedai ini.
Bukan itu sahaja, Pemborong Kuih Raya juga ada menjual dodol dan serunding dari Kampung Laut, Kelantan. Pelbagai jenis kerepek juga dijual di sini bermula dari harga RM10 sahaja. Jika anda ingin membawa buah tangan untuk keluarga, anda boleh dapatkan hamper raya serendah RM75 dengan tiga pilihan biskut raya dan satu snek. Pemborong Kuih Raya juga menerima tempahan hamper serendah RM60 sahaja!
Bagi yang duduk jauh dari Klang, jangan risau… Anda juga boleh dapatkan biskut raya serendah RM16 ini di Shopee kuihraya.padu. Bagi yang tinggal di Lembah Klang, anda juga boleh buat tempahan secara dalam talian dan penghantaran akan dibuat menggunakan Lalamove atau Grab.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom shopping biskut raya!
Alamat: No. 49, Jalan Ehsan Perdana 4, Taman Ehsan Jaya Pandamaran, 42000, Pelabuhan Klang, Selangor
Waktu Beroperasi: Setiap hari, 9.00 A.M. – 6.30 P.M. (Bulan Puasa: 8.30 A.M. – 10.00 P.M.)
No. Telefon: 018-201 5605
Untuk makluman lanjut, boleh layari Instagram @kuihraya.padu.
•••
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!