Resipi Kuih Cara Berlauk

March 25, 2022 by No Comments

Anda merupakan salah seorang penggemar kuih cara berlauk? Rasanya ramai dalam kalangan kita pernah merasai sendiri kuih cara berlauk yang sedap ini. Cik Min pun sebenarnya sangat suka makan kuih cara berlauk ini, apatah lagi jika ia dimakan panas-panas. Sungguh menyelerakan! Jadi, menerusi artikel hari ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua mengenai resipi kuih cara berlauk yang mudah dan sedap.

Sebelum itu, resipi kuih cara berlauk ini Cik Min dapatkan daripada portal Resepi Che Nom. Mari ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Resipi Kuih Cara Berlauk
Sumber: Juliah Abidin

Kuih Cara Berlauk

Kuih cara berlauk merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dengan inti daging. Cara membuatnya seakan sama seperti kuih cara manis tetapi terdapat tambahan inti lauk ayam atau daging di atasnya. Ikut selera masing-masing.

Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas, tetapi enak dimakan. Bagaimanapun, inti daging pada bahagian atas kuih cara berlauk ini menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Kuih cara berlauk ini tidak tahan disimpan pada suhu bilik, dan hanya tahan 2 hari sekiranya disimpan dalam peti sejuk.

Selain itu, kuih cara berlauk ini sangat menarik jika dihidangkan di majlis atau jamuan kerana rupanya yang berwarna warni. Pada bulan Ramadan, pastinya kuih ini mendapat permintaan yang tinggi selain dari kuih cara yang manis.

Resipi Kuih Cara Berlauk

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk inti:

  • 300g daging atau ayam kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit lada putih atau lada sulah

Bahan-bahan hiasan atas:

  • 2 biji cili merah (hiris halus)
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup

Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan cair
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil pewarna kuning

Cara Penyediaan

Cara-cara membuat inti:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam, kemudian kacau sehingga kering airnya.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Cara-cara untuk adunan kuih cara:

  • Bancuh semua bahan adunan kuih cara dan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Boleh bancuh di dalam blender saja.
  • Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  • Tutup loyang dengan penutup atau tudung periuk.
  • Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.

Mudah bukan resipi kuih cara berlauk ini? Jadi, setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min pada kali ini. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat kuih ini sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *