The Best Cream Puff di The Ordinary Baker, Setia Alam

March 10, 2022 by No Comments

Inilah pertama kali Cik Min makan the best cream puff di The Ordinary Baker yang sedap dan kena dengan selera tekak Cik Min.

Jadi, hari ini Cik Min nak kongsikan review sendiri tentang cream puff yang comel di Setia Alam ini. Cream puff di sini didatangi dalam pelbagai jenis, warna, dan perisa.

The Best Cream Puff di The Ordinary Baker

Terdapat dua jenis cream puff yang ditawarkan, iaitu classic flavour dan premium flavour. Cik Min beli cream puff ini secara dalam talian, iaitu melalui laman web The Ordinary Baker. Pembelian melalui secara dalam talian hanyalah pre-order. Pembeli perlu membuat tempahan awal sehari supaya cream puff dapat dihantar pada keesokan harinya.

Jika beli di laman web, terdapat pilihan all flavour di mana dalam satu kotak itu terdapat classic flavour dan premium flavour. Anda boleh memilih untuk membeli 12, 16, atau 36 biji cream puff untuk all flavour (classic dan premium). Cik Min telah membeli 12 biji cream puff untuk all flavour dengan harga RM29 sahaja. Bagi classic flavour, ia didatangi dengan pelbagai perisa, iaitu 1 vanila, 1 strawberi, 1 milk tea, 1 pandan, 1 coklat, dan 1 salted caramel.

Manakala, bagi premium flavour pula, didatangi dengan enam perisa seperti 1 oreo, 1 blueberry, 1 durian, 1 tiramisu, 1 matcha, dan 1 biscoff.

The Best Cream Puff di The Ordinary Baker
The Best Cream Puff di The Ordinary Baker

Perisa yang Paling Sedap | The Best Cream Puff di The Ordinary Baker

Ada tiga perisa cream puff yang Cik Min sangat suka, iaitu 1 daripada premium flavour dan 2 daripada classic flavour.

Berikut merupakan perisa pandan dan strawberi daripada classic flavour. Permukaan atas cream puff bagi perisa pandan disaluti dengan gula berperisa pandan yang manis. Di dalamnya terdapat inti aiskrim perisa pandan yang kurang manis tetapi mempunyai rasa yang lemak. Gandingan yang sangat sempurna bagi Cik Min! Sedap dan tak muak! Inti yang diletak di dalamnya memang penuh!

Manakala perisa strawberi pula, di atasnya disaluti dengan coklat susu berperisa strawberi dan rasanya yang manis digandingkan dengan inti aiskrim berperisa strawberi susu. Intinya tidak manis tapi rasanya sangat lemak! Cik Min suka perisa ni.

The Best Cream Puff di The Ordinary Baker

Ini pula perisa matcha daripada premium classic. Cik Min memang suka matcha, tidak kira minuman mahupun makanan! Cream puff perisa matcha ini digandingkan dengan coklat putih dan dicampur dengan perisa matcha yang manis. Inti aiskrim di dalamnya pula perisa matcha yang kurang manis. Makan sejuk-sejuk lagi sedap!

Menu Dessert | The Best Cream Puff di The Ordinary Baker

The Ordinary Baker bukan sahaja menawarkan cream puff, tetapi juga ada menyediakan dessert yang lain seperti chouquettes, macaron, premium butter cake, cake, cookies dan banyak lagi. Anda boleh tengok senarai menu di sini dan sini.

Lokasi dan Waktu Operasi

Lokasi:
No 51-GF, Jalan Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad (11 pagi – 6 petang) atau sehingga habis.

Hubungi:
+6014-2158003

Selain daripada menikmati the best cream puff di The Ordinary Baker, anda juga boleh merasai dessert lain yang disediakan tau. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *