Donat Lembut Krispy Kreme
Anda teringin makan donat yang lembut di dalam tapi rangup di luar? Haa… ni Cik Min nak cadangkan supaya anda cuba donat lembut dari Krispy Kreme. Pendapat daripada Cik Min lah kan, donat di Krispy Kreme tak macam makan donat jenama lain yang kadang-kadang rasa macam sedikit muak. Tapi, ia bergantung juga atas lidah dan perut masing-masing kan?
Kalau dah lapar, semua makanan pun sedap. Betul tak? Kira nak ngap aje.
Cuba Donat Lembut dari Krispy Kreme
Cik Min teringin nak cuba donat dari Krispy Kreme ni. Jadinya, Cik Min pun belilah untuk take-away. Apa yang Cik Min perasan tentang Krispy Kreme ni, donat yang disediakan ada jenis premium dan juga biasa. Tak macam kedai donat lain. Untuk premium, anda boleh tambah atau custom mengikut selera masing-masing. Boleh juga kalau nak tambah KitKat, tambah coklat ataupun cheese.
Disebabkan nak cuba sangat, Cik Min pun beli yang premium juga. Cik Min pilih 6 ketul donat dan harganya agak murah iaitu RM20.20. Kalau murah macam ni, bolehlah beli selalu kan? Eh?
Donat Lembut Krispy Kreme – Favourite Cik Min
1. Original Glazed
Tidak dinafikan, donat yang paling popular di Krispy Kreme ialah Original Glazed. Donat mereka bukan sahaja sedap pada topping tetapi donat itu sendiri. Lembut di dalam, rangup di luar!
Yang paling best, ia kekal lembut walaupun selepas beberapa jam.
Nota: Jika anda simpan donat Krispy Kreme di dalam peti sejuk, anda hanya perlu panaskannya ke dalam microwave selama 15 saat. Donat akan menjadi lembut dan hasilnya macam baru beli!
2. Chocolate Dream
Peminat coklat? Cik Min sarankan anda untuk cuba Chocolate Dream.
Donat ini diisi dengan coklat yang banyak, dicelup pula dalam aising coklat dan dihiasi dengan white chocolate. Senang cerita, coklat di dalam coklat. So yummy!
3. Chocolate Peanut Butter – Donat Lembut Krispy Kreme
Buat peminat kacang pula, anda boleh cuba Chocolate Peanut Butter ni. Donat yang dicelup dalam aising mentega kacang berkrim dan coklat sebagai hiasan. Satu donat ini hanya berharga RM3.70! Apa lagi? Jom cuba sekarang.
4. KitKat
Need a break? Get a KitKat.
Nak cuba lain daripada yang lain? Haa… anda boleh cuba donat mewah yang dilitupi dengan coklat dan sedikit drizzle tambahan seperti ceri (atau dalam kes ini, KitKat) di atasnya. Rasa masam dan manis sememangnya kombinasi yang sedap dan menarik! Walaupun rasanya agak pelbagai namun, masih terasa donat lembut dari Krispy Kreme ni.
Menu Lain
Selain daripada donat, anda juga boleh cuba kopi dan juga minuman lain di Krispy Kreme. Ada pelbagai pilihan seperti Americano, Caramel Latte, Vanilla Latte, Mocha dan macam-macam lagi. Boleh pilih minuman sejuk atau panas. Semestinya akan lagi ngam kalau makan dengan donat!
Jom dapatkan donat dan minuman dari Krispy Kreme di outlet berdekatan sekarang!
Untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai Krispy Kreme atau nak tahu sebarang promosi dan menu baru, anda bolehlah pergi ke laman web rasmi mereka.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!