Resipi Sambal Hitam Pahang
Anda semua pernah makan tak Sambal Hitam Pahang? Sambal ini bukan sahaja popular di negeri Pahang tapi di seluruh Malaysia juga tau! Sambal Hitam ini memang sangat sedap dan menyelerakan. Tambahan pula, jika dimakan bersama nasi panas dan telur dadar. Makan sekali memang bertambahlah! Jadi, hari ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua resipi Sambal Hitam Pahang yang tentunya sedap dan mudah!
Informasi yang berguna ini Cik Min dapatkan daripada portal rasa dan beberapa laman web lain.
Resipi Sambal Hitam Pahang Mudah
Bagi anda yang teringin untuk merasai sendiri Sambal Hitam Pahang, sudah tentunya anda boleh buat sendiri di rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan-bahan yang digunakan pun tak susah dan mudah didapati. Jadi, jom baca resipi ringkas di bawah.
Bahan-bahan
- Belimbing buluh secukupnya
- Garam kasar
Bahan Tumbuk atau Kisar Kasar:
- Bawang merah – yang telah siap dikisar
- Cili padi – ikut kepedasan yang digemari
- Ikan bilis
- Setengah sudu kecil gula, garam dan perasa
- Nisbah sukatan: 1 cawan buah belimbing: 2 cawan bilis: 1 cawan cili padi
Cara Memasak Sambal Hitam Pahang
- Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa menggunakan air. Kemudian masak mengggunakan api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.
- Apabila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
- Kemudian, panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk atau kisar tadi. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
- Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
- Apabila sambal hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
- Toskan sambal hitam bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tersebut tahan lama.
Mudah bukan resipi Sambal Hitam Pahang ini? Jadi, setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min pada kali ini. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat sambal ini sendiri di rumah. Selamat mencuba!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!