Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral
Siapa suka makan nasi goreng? Cik Min rasalah kan semua suka makan nasi goreng, apatah lagi di negara kita ni memang ada pelbagai jenis nasi goreng yang sedap-sedap. Pilih je yang mana suka, ikut selera! Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu daripada rakan Cik Min bahawa ada restoran di Tanjung Karang, Selangor yang menjual nasi goreng dan banyak lagi menu yang lain iaitu, di Restoran Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral!
Kepada sesiapa yang menggemari nasi goreng seperti Cik Min, anda bolehlah datang ke kedai Nasi Goreng Melimpah Viral di Tanjung Karang, Selangor. Manalah tahu sambil anda sekeluarga berjalan-jalan makan angin di sekitar Kuala Selangor, bolehlah singgah sekejap di restoran ini!
Pengasas Restoran Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral
Restoran Nasi Goreng Melimpah Viral ini dimiliki oleh Puan Nooranita binti Kassim. Perniagaan ini baru sahaja dibuka setahun yang lalu, namun ianya sudah popular dalam kalangan penggemar nasi goreng seafood. Restoran ini menjadi tumpuan pengunjung luar mahupun penduduk tempatan yang ingin merasai kelazatan pelbagai jenis nasi goreng dengan saiz hidangan yang besar!
Menu Istimewa
Restoran Nasi Goreng Melimpah Viral menyediakan pelbagai jenis menu untuk anda pilih! Lihat menunya di bawah.
1. Nasi Sotong Melimpah – Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral
Bercakap tentang makanan laut ini, tak sah kalau tak ada sotong. Memang sedap sangat kalau makan nasi goreng bersama sotong. Nasi Sotong Melimpah di restoran ini menyediakan sotong yang bersaiz jumbo! Hidangan bagi satu pinggan memang besar. Kenyanglah kalau makan!
Nasi Goreng Melimpah Viral berharga RM35.90, satu hidangan sesuai untuk 3 atau 4 orang dewasa makan. Sotongnya pula sangat lembut dan sedap!
2. Roti Melimpah Viral
Di restoran ini juga ada menyediakan Roti Melimpah Viral! Tengok saja keju dan sos cili yang melimpah tu. Kalau makan waktu panas-panas lagi sedap. Harga bagi satu hidangan Roti Melimpah Viral ini adalah RM12.90. Memang berbaloi kan? Boleh kongsi bersama 2 atau tiga orang ahli keluarga!
3. Cheese Burger dan Burger Bajet
Bagi anda yang gemar makan burger, anda juga boleh membuat pesanan menu ini di restoran Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral ini! Cheese Burger yang dijual di sini berharga RM7.90 manakala Burger Bajet pula berharga RM3.90.
Senarai Menu
Di bawah ini, Cik Min kongsikan senarai menu yang anda boleh pilih sekiranya makan di restoran ini. Cik lihat ramai pelanggan yang berkongsi review mereka makan di restoran ini, dan semuanya memberikan feedback yang positif.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh order western food di sini.
Selain itu, di restoran ini juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan terus kepada pelanggan di kawasan sekitar yang telah ditetapkan. Jadi, mudahlah untuk anda order, just klik sahaja.
Anda juga boleh merujuk laman Instagram Nasi Goreng Melimpah Viral untuk maklumat lanjut.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral kali ini. Jadi, apa tunggu lagi nanti datanglah ke restoran ini okay? Hehehe. Selamat menjamu selera!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!