Review Makanan Seoul Garden – Makan Sampai Kenyang!

January 3, 2022 by No Comments

Seoul Garden merupakan peneraju restoran makanan yang berkonsepkan Korea dan secara bufet. Dengan hanya sekali bayar, anda boleh makan sepuasnya. Anda juga boleh berkampung di Seoul Garden dari 10 pagi hingga 10 malam. Duduklah berapa lama pun tak pe. So, kali ini jom ikuti perjalanan Cik Min review makanan Seoul Garden. 

Jom kita start!

Keistimewaan Seoul Garden

Buat peminat steamboat atau sukakan masakan jenis gril, Cik Min sangat galakkan anda untuk cuba makanan di Seoul Garden. Sebut je makanan apa yang nak dimakan, semuanya ada! Rambang mata Cik Min nak pilih sama ada ayam, daging, kambing, udang, sotong, ketam serta 150 hidangan lain. Semuanya sudah tersedia, tinggal nak pilih je! Menariknya, restoran ini juga menyediakan daging yang sudah diperap seperti perisa kopi, spicy bulgogi, teriyaki dan banyak lagi.

Untuk sup pula, anda boleh pilih jenis sup yang menjadi pilihan hati. Ada Korean Kimchi Jjigae, Korean Super Kimchi Jjigae, Thai Tom Yam, Super Thai Tom Yam, Korean Ginseng dan herba Cina. Semestinya pilihan Cik Min ialah Thai Tom Yam! Anda juga boleh menikmati sos dan kicap istimewa dari Korea.

review makanan Seoul Garden

Selain itu, Seoul Garden turut menghidangkan lauk sampingan seperti mi goreng, nasi goreng, ayam goreng, popiah dan macam-macam lagi. Senang kata, sesuai dengan tekak orang Malaysia. Tidak dilupakan pencuci mulut termasuk aiskrim, puding serta buah-buahan.

Review Makanan Seoul Garden

review makanan Seoul Garden

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dah lama Cik Min tak merasa steamboat. Disebabkan mengidam, Cik Min ikutkan tekak untuk pergi makan Seoul Garden. Alang-alang tu bolehlah kita menggril sekali. Jom ikuti review makanan Seoul Garden daripada Cik Min!

Selesai saja buat pembayaran di kaunter dan dapat tempat duduk, Cik Min terus ke meja bufet. Memang banyak sungguh menu bufetnya. Untuk steamboat ada, gril serta sushi pun ada. Tak perlu nak beratur dan berebut dengan orang lain sebab makanan memang banyak. Tak perlu risau okey!

Cik Min puji sungguh menu di Seoul Garden sebab semua rasa fresh gila! Termasuklah perapan daging, ayam serta seafood. Potongan daging yang nipis tapi lebar. Tak liat, senang digigit. Puas Cik Min makan! Haha.

Bila perut pun dah kenyang, Cik Min decide untuk cuba pencuci mulut pula. Boleh custom ikut kesukaan masing-masing. Boleh juga buat ABC style syok sendiri. Sedap dan sangat refreshing! 

Kalau anda pernah makan dan kaki steamboat di Seoul Garden, jangan lupa berikan pandangan dan review makanan Seoul Garden di ruangan komen di bawah ya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Seoul Garden.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *