7 Eleven Croffle Viral Ala-ala di Thailand
Siapa suka berkunjung ke kedai 7 Eleven? Cik Min rasa ramai yang selalu keluar masuk ke kedai 7 Eleven ni. Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu tentang 7 Cafe iaitu 7 Eleven Croffle viral ala-ala di Thailand! Di Malaysia, hanya terdapat 3 buah 7 Cafe sahaja tau!
Jadi, hari ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 7 Cafe ini! Pastinya anda semua tidak sabar kan nak tahu dengan lebih lanjut? Jom baca artikel di bawah.
Review oleh Youtuber – 7 Eleven Croffle Viral Ala-ala di Thailand
Cik Min lihat di media sosial seperti Twitter, memang ramai yang telah berkongsi tentang 7 Cafe terbaharu ini. Tapi, kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua review daripada youtuber terkenal iaitu Syedot daripada Channel Syedot ASMR.
Menurut kapsyen di YouTube, Syedot mengatakan 7 Cafe ini ada menjual pelbagai jenis makanan fresh daily! Syedot juga berkata, 7 Cafe ini hanya mempunyai cawangan di 3 lokasi sahaja.
7 Cafe
Dalam video tersebut juga, Syedot menunjukkan beberapa visual dan suasana di dalam 7 Cafe ini. Antara makanan yang dijual di 7 Cafe adalah pau, dim sum, burnt cheesecake dan sandwich. Selain itu, di kafe ini juga ada menjual makanan yang dibungkus dalam bekas seperti Seafood Spaghetti Aglio Olio, Chocolate Decadent Cheese, Chicken Fingers dan Smoky BBQ Sausage Croffle. Di 7 Cafe ini juga ada menjual aiskrim pelbagai perisa seperti Thai Milk Tea dan Salted Gula Melaka.
Cik Min juga tertarik apabila Syedot merasai sendiri Croffle yang bertoppingkan Cadbury. Nampak sedap dan menyelerakan! Bagi makanan yang dibungkus dalam bekas, anda boleh request agar makanan tersebut dipanaskan terlebih dahulu sekiranya ingin terus makan di 7 Cafe ini.
Bagi anda yang berminat untuk merasai sendiri makanan di 7 Cafe, 7 Eleven Croffle viral ala-ala di Thailand ini, anda bolehlah mengunjungi 7 Eleven yang terletak di Desa Sri Hartamas sekarang!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!