5 Restoran Ikan Bakar di Bangi Wajib Dicuba

March 22, 2022 by No Comments

Ikan bakar bukan sahaja hidangan yang menyihatkan, malah menyelerakan. Jadi, hidangan ini sangat sesuai untuk anda yang sedang diet atau jaga pemakanan. Jom Sis Min kongsikan 5 restoran ikan bakar di Bangi yang wajib anda cuba!

1. Restoran d’Limau Nipis IKAN BAKAR SEGAR BANGI

Berdasarkan nama restoran sahaja, sudah pasti ikan bakar di restoran ini merupakan antara menu paling diminati dan semestinya berkualiti tinggi, segar serta lazat. Pelbagai jenis ikan yang anda boleh cuba, namun ikan pari bakar merupakan best seller di sini. Anda juga boleh mencuba menu lain seperti sotong bakar dan lauk-pauk berasaskan kampung. Bagi peminat ikan pari bakar dan masakan kampung, anda wajib singgah di sini!

Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor

Waktu beroperasi: Setiap hari, 8:00 A.M. – 5:30 P.M.

2. Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Warga Bangi pasti tahu restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi ini. Restoran yang berkonsepkan makanan tempatan dan Thai ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai, terutamanya pada waktu malam. Terdapat pelbagai jenis ikan di sini, seperti pari, jenahak, bawal, cencaru dan ikan merah. Anda wajib cuba ikan bakar petai, udang butter, ketam masak telur masin dan sotong goreng tepung apabila singgah di sini nanti!

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi)

Waktu beroperasi: Rabu – Isnin, 4:30 P.M. – 11:30 P.M. (Tutup setiap hari Selasa)

3. Restoran Mak Kimbong

Anda peminat sotong bakar? Anda wajib singgah ke restoran yang terletak di Seksyen 4 ini dan cuba hidangan sotong bakar yang bersaiz besar dan sudah pastinya sedap! Sotong ini dibakar dan diperap menggunakan ramuan istimewa. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis ikan, seperti ikan keli, ikan cencaru dan ikan bawal.

Alamat: No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu beroperasi: Selasa – Ahad, 7:00 A.M. – 6:00 P.M. (Tutup setiap hari Isnin)

4. Bawal Power Sempoi Teras Jernang

5 Restoran Ikan Bakar
Sumber: Aishah Isa

Melihat nama kedai sahaja, sudah pasti anda boleh teka bahawa ikan bawal di sini sememangnya sedap dan power! Ikan bawal di sini disediakan dengan cara masakan dibakar atau digoreng. Anda wajib cuba ikan bakar yang dihidangkan bersama air asam. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti, sotong bakar dan asam pedas ikan yang juga menarik perhatian ramai pelanggan. Jadi, jangan lupa singgah di sini ya!

Alamat: Lot 5939, Taman, Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu beroperasi: Setiap hari, 11:00 A.M. – 5:00 P.M.

5. Medan Ikan Bakar Tok Bali

Restoran ini terletak di Kajang, namun berhampiran dengan Bangi. Harga di restoran ini murah dan makanan lautnya segar-segar. Selain itu, terdapat pelbagai jenis makanan laut yang boleh anda pilih dan anda juga boleh memilih cara masakan yang anda inginkan! Antara hidangan yang perlu anda cuba ialah ikan bakar, siakap stim limau, tomyam seafood, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Jika anda berada di sekitar kawasan ini, jangan lupa singgah dan cuba masakan laut mereka!

Alamat: Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Waktu beroperasi: Setiap hari, 12:00 P.M. – 11:30 P.M.

Jika anda berada di Bangi, jangan lupa untuk mencuba 5 restoran ikan bakar yang Sis Min kongsikan ini. Kongsikan juga dengan rakan-rakan dan di media sosial agar mereka berpeluang untuk mencuba hidangan di restoran-restoran ini. Semoga perkongsian kali ini membantu untuk mencari restoran pilihan hati anda!

Sumber: Saji

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *